Bahasa Malaysia | English1. Bagaimanakah saya boleh mengesahkan akaun ShopeePay saya?
Untuk mengesahkan akaun dan identiti ShopeePay anda melalui aplikasi ShopeePay, ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik Sahkan Sekarang
Langkah 3: Tandakan kotak Terma & Syarat
Langkah 4: Klik Seterusnya
Langkah 5: Klik Mula Rakaman dan ikut arahan video
Langkah 6: Klik Muat Naik Rakaman
Langkah 7: Pilih jenis Kad Pengenalan
Langkah 8: Muat naik gambar Kad Pengenalan anda
Langkah 9: Klik Sahkan
Langkah 10: Isi Maklumat Peribadi
Langkah 11: Klik Sahkan
Langkah 12: Semak Maklumat
Langkah 13: Klik Sahkan
Langkah 14: Klik OK
Langkah 15: Tunggu Pengesahan
Pengesahan IC melalui aplikasi ShopeePay biasanya mengambil masa 24 jam. Namun, bergantung kepada jumlah permohonan, sesetengah mungkin mengambil masa lebih lama. Jika permohonan anda ditolak, anda boleh mencuba semula berdasarkan arahan dalam pemberitahuan. Untuk bantuan lanjut, hubungi kami melalui saluran yang tertera di bahagian bawah halaman.
2. Apakah manfaat mengesahkan akaun ShopeePay saya?
Pengesahan akaun ShopeePay memberikan anda akses kepada ciri tambahan dan had transaksi yang lebih tinggi, membolehkan anda menikmati lebih fleksibiliti dan kemudahan.
Berikut adalah manfaat berdasarkan jenis akaun anda:Jenis Akaun | Asas (Tidak disahkan) | Premium (Disahkan)* | Premium (Disahkan) |
Had untuk Had Pegangan Wallet | RM 2,999 | RM 4,999 | RM 9,999 |
Had Transaksi Harian | RM 2,999 | RM 4,999 | RM 9,999 |
Had Transaksi Bulanan | RM 4,999 | RM 4,999 | RM 20,000 |
Had Transaksi Tahunan | RM 59,999 | RM 59,999 | RM 120,000 |
Kaedah Pengesahan | Tidak disahkan | Lengkapkan proses KYC Standard | Lengkapkan proses e-KYC |
⚠️ Nota Penting:- Mulai 24 Februari 2025, pengguna baharu yang mengesahkan akaun ShopeePay hanya akan diberikan akses ke Akaun Premium.
- Jika akaun anda telah disahkan tetapi masih mempunyai had eDompet RM 4,999, anda perlu mengesahkan semula akaun anda untuk menaik taraf ke had RM 9,999.
- Pengguna dengan sistem operasi peranti lama mungkin tidak dapat menjalankan proses e-KYC terkini dan hanya boleh menikmati had eDompet RM 4,999. Pastikan peranti anda dikemas kini untuk menikmati manfaat penuh.
Manfaat utama mengesahkan akaun:
- Had transaksi lebih tinggi: Nikmati had transaksi harian, bulanan, dan tahunan yang lebih besar.
- Kapasiti eDompet lebih besar: Simpan sehingga RM 9,999 dalam ShopeePay anda berbanding hanya RM 2,999 untuk akaun tidak disahkan.
- Akses penuh ke ciri ShopeePay: Dapatkan akses kepada semua fungsi dan perkhidmatan premium yang ditawarkan oleh ShopeePay.
3. Apakah pengesahan identiti (e-KYC) dan apakah yang perlu saya lakukan?Untuk memastikan platform lebih selamat, pengguna perlu mengesahkan identiti melalui proses e-KYC (Electronic Know Your Customer).Untuk melengkapkan proses ini:- Sediakan dokumen pengenalan anda (NRIC untuk warganegara Malaysia dan Pasport untuk bukan warganegara Malaysia).
- Pastikan anda berada di tempat yang mempunyai pencahayaan yang baik supaya identiti anda dapat ditangkap dengan jelas.
4. Bagaimanakah saya akan tahu jika pengesahan identiti saya berjaya?
Anda akan menerima pemberitahuan dalam aplikasi serta push notification apabila permohonan anda berjaya. Pastikan pemberitahuan diaktifkan pada peranti anda.
5. Mengapakah permohonan saya masih dalam status Tertangguh?
Pengesahan identiti melalui e-KYC biasanya memberikan keputusan segera. Namun, dalam sesetengah kes, proses mungkin mengambil masa lebih lama tetapi tidak lebih daripada 2 hari bekerja.
6. Apakah yang perlu saya lakukan jika pengesahan identiti saya gagal?
Jika pengesahan identiti anda tidak berjaya, anda boleh menghantar permohonan semula selepas menerima pemberitahuan kegagalan pengesahan.
7. Apakah sebab-sebab pengesahan identiti gagal?
Jika pengesahan anda gagal, ini mungkin disebabkan oleh:
- Dokumen pengenalan tidak jelas atau tidak dapat dikenali. Pastikan anda menggunakan salinan asal, berada di tempat yang terang, dan tiada halangan pada dokumen.
- Pengecaman wajah tidak berjaya atau terhalang. Pastikan wajah anda tidak ditutup dan ikuti arahan yang dipaparkan di skrin.
8. Bolehkah saya menyambung semula dari tempat saya berhenti jika proses terhenti secara tiba-tiba?
Tidak. Jika anda terhenti di tengah jalan, anda perlu memulakan semula keseluruhan proses. Pastikan anda memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk melengkapkan proses ini dan sediakan dokumen pengenalan diri anda terlebih dahulu.
9. Apakah jenis ID yang diterima?
Kami hanya menerima Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) dan Pasport. Kad pengenalan lain tidak akan diterima.
10. Mengapakah saya menerima mesej ralat bahawa nombor IC saya telah dipautkan kepada akaun ShopeePay yang telah disahkan?
Jika anda menerima mesej ralat ini, sila hubungi Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan bantuan lanjut.