1. Bagaimanakah cara untuk menetapkan semula PIN ShopeePay saya?
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada Ikon Tetapan
Langkah 3: Klik pada PIN & Biometrik
Langkah 4: Klik pada Terlupa PIN ShopeePay
Langkah 5: Klik pada Mulakan Pengesahan Wajah
Langkah 6: Masukkan PIN ShopeePay baharu
Langkah 7: Sahkan PIN ShopeePay
2. Bagaimanakah cara untuk menutup akaun ShopeePay ahli keluarga yang telah meninggal dunia?
Untuk menutup akaun ShopeePay ahli keluarga yang telah meninggal dunia, sila sediakan dokumen berikut bagi mengesahkan hubungan anda dan kuasa sebagai pemohon:- Bukti Hubungan
- Salinan depan dan belakang Kad Pengenalan (Pemohon)
- Salinan depan dan belakang Kad Pengenalan (Pemilik Akaun)
- Sijil Kematian
- Sijil Wasiat/Faraid
- Surat Kuasa Mentadbir/Pewarisan
- Surat Perintah Mahkamah
Setelah semua dokumen dikumpulkan, sila hantar permohonan anda kepada Live Agent kami yang tersedia 24 jam.
3. Sejauh mana keselamatan maklumat saya dalam aplikasi ini?
Aplikasi ShopeePay mengutamakan keselamatan maklumat anda melalui langkah-langkah perlindungan seperti penyulitan (encryption), log masuk selamat, dan pengesahan dua faktor (2FA). Walau bagaimanapun, anda juga disarankan untuk:- Mencipta kata laluan yang kukuh
- Mengaktifkan ciri keselamatan tambahan seperti lock screen pada peranti
- Mengemas kini aplikasi kepada versi terkini
- Berwaspada terhadap sebarang skim penipuan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Dasar Privasi kami.4. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki akses tanpa kebenaran? Jika anda menerima notifikasi dalam aplikasi atau e-mel berkaitan perubahan maklumat penting atau percubaan log masuk yang mencurigakan:- Tukar kata laluan akaun dan PIN ShopeePay anda dengan segera.
- Hubungi Khidmat Pelanggan melalui saluran yang disenaraikan di bahagian bawah halaman ini. Sebagai alternatif, anda boleh bersembang dengan ejen langsung kami dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Anda mungkin menerima notifikasi apabila:
- Maklumat akaun penting seperti kata laluan, nombor telefon, atau e-mel diubah.
- Log masuk pertama kali dari peranti, pelayar, atau lokasi baharu.
- Log masuk menggunakan mod Incognito atau Private Browsing.
- Seseorang cuba mengakses akaun anda tanpa kebenaran.
Jika perubahan dilakukan oleh anda, tiada tindakan diperlukan. Jika tidak, sila hubungi Khidmat Pelanggan ShopeePay.
⚠️ Nota:
Shopee akan menghantar notifikasi untuk sebarang perubahan penting pada akaun anda bagi membolehkan anda mengambil tindakan segera jika berlaku akses tanpa kebenaran.
5. Adakah aplikasi ini menyokong pengesahan dua faktor (2FA)?
Ya, aplikasi ShopeePay menyokong 2FA untuk melindungi akaun anda daripada aktiviti tanpa kebenaran.Anda mungkin perlu mengesahkan identiti melalui 3 jenis kaedah 2FA semasa log masuk atau membuat perubahan penting:- Pengesahan Wajah (iOS)
- Kata Laluan Sekali Guna (OTP)
- Klik Selamat (Tap Secure)
Jika anda mengalami ralat sistem atau telah mencapai had percubaan 2FA:- Cuba semula selepas 15 minit.
- Hubungi Customer Service Shopee jika masalah berterusan.
Pengesahan Wajah
Untuk pengesahan wajah yang berjaya, pastikan:- Anda berada dalam persekitaran yang cukup terang
- Wajah anda jelas tanpa halangan (contoh: tiada topeng atau cermin mata hitam)
- Anda mengikuti arahan yang diberikan (contoh: berkelip, pusing kepala, angguk, buka mulut)
⚠️ Nota: - Akaun ShopeePay anda mesti disahkan untuk menggunakan 2FA pengesahan wajah.
Kata Laluan Sekali Guna (OTP)
Untuk pengesahan OTP, masukkan kod 6 digit yang dihantar ke e-mel/SMS/WhatsApp berdaftar anda. Jika tidak menerimanya, anda boleh meminta kod baharu selepas 60 saat.
⚠️ Nota:
- Jangan kongsi OTP anda dengan sesiapa, termasuk staf Shopee.
Klik Selamat
Untuk meluluskan transaksi menggunakan Klik Selamat:
Langkah 1: Klik pada Bayar SekarangLangkah 2: Masukkan PIN ShopeePay andaLangkah 3: Klik pada NotifikasiLangkah 4: Klik pada BenarkanLangkah 5: Klik pada Saya Telah Mengesahkan
6. Bagaimanakah cara untuk menyahaktifkan atau menutup akaun saya?
Jika anda ingin memadam akaun ShopeePay, sila ambil perhatian bahawa akaun ShopeePay tidak boleh dipadamkan secara berasingan daripada akaun Shopee anda. Untuk memadam kedua-dua akaun ShopeePay dan Shopee:
Langkah 1: Pergi ke tab SayaLangkah 2: Klik pada Ikon Tetapan ⚙️Langkah 3: Klik pada Permohonan Pemadaman AkaunLangkah 4: Klik OK
⚠️ Nota:
- Akaun hanya boleh dipadamkan jika semua baki telah dikeluarkan. Untuk mengeluarkan baki dalam ShopeePay baki boleh dipindah milik dan baki tidak boleh dipindah milik, hubungi Khidmat Pelanggan.
- Atau lakukan pengeluaran melalui halaman ShopeePay sebelum meneruskan pemadaman akaun.
7. Apakah yang berlaku kepada baki saya jika saya menutup akaun?
Sebagai sebahagian daripada proses pemadaman akaun, anda akan diminta untuk memberikan maklumat akaun bank peribadi jika terdapat baki yang masih ada dalam dompet ShopeePay anda. Pasukan kami akan memastikan baki yang tinggal dikembalikan ke akaun bank anda.