Bahasa Malaysia | English1. Bagaimanakah cara saya menambah nilai baki ShopeePay saya?Anda boleh menambah nilai baki ShopeePay menggunakan kaedah pembayaran berikut:- Kad Kredit / Debit
- Maybank2u
- Pembayaran Tunai di Kedai Serbaneka
- Perbankan Dalam Talian
Untuk menambah nilai baki ShopeePay anda:
Langkah 1: Klik pada Tambah NilaiLangkah 2: Masukkan atau Pilih Amaun Tambah Nilai
Langkah 3: Pilih Kaedah Pembayaran
Langkah 4: Klik pada Bayar Sekarang
Langkah 5: Klik pada OK
Baki ShopeePay anda akan dikemas kini serta-merta setelah pembayaran disahkan. Jika baki tambah nilai anda tidak dipaparkan dalam masa 1 hari, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.
Jika anda menghadapi masalah menambah nilai baki ShopeePay, kemungkinan terdapat isu pembayaran. Sila hubungi kami dengan ID Transaksi melalui saluran di bahagian bawah halaman. Anda boleh mencari ID Transaksi dengan mengikuti langkah berikut:
Langkah 1: Pergi ke tab SejarahLangkah 2: Klik pada transaksi yang Gagal
Langkah 3: Klik pada Salin
Tambah Nilai Automatik
Tetapkan tambah nilai automatik untuk memastikan baki ShopeePay anda mencukupi:
Langkah 1: Pergi ke tab SayaLangkah 2: Klik pada Tetapan
Langkah 3: Klik pada Tetapan Tambah Nilai Automatik
Langkah 4: Tetapkan Amaun Baki yang akan mencetuskan tambah nilai automatik
Langkah 5: Masukkan Amaun Tambah Nilai
Langkah 6: Pilih Kaedah Pembayaran
Langkah 7: Pilih antara Kaedah Pembayaran anda ingin
Langkah 8: Klik pada SAHKAN
Langkah 9: Klik pada SIMPAN
Langkah 10: Aktifkan Tambah Nilai Automatik
2. Bagaimanakah saya boleh memindahkan wang kepada pengguna ShopeePay lain?
Anda boleh memindahkan wang kepada pengguna ShopeePay lain melalui:
1. Kenalan: Pilih pengguna ShopeePay melalui senarai kenalan anda
Langkah 1: Klik pada PindahLangkah 2: Klik pada Kenalan
Langkah 3: Masukkan Nama atau Nombor Telefon penerima
Langkah 4: Pilih Penerima
Langkah 5: Masukkan Amaun Pindahan
Langkah 6: Klik pada Seterusnya
Langkah 7: Klik pada Pindahkan Sekarang
2. Imbas: Minta penerima ShopeePay untuk menunjukkan DuitNow QR mereka
Langkah 1: Klik pada Imbas & BayarLangkah 2: Imbas DuitNow QR ShopeePay penerima
Langkah 3: Masukkan Amaun Pindahan
Langkah 4: Klik pada Seterusnya
Langkah 5: Klik pada Pindahkan Sekarang
Langkah 6: Masukkan PIN ShopeePay anda
3. Bolehkah saya memindahkan wang dari ShopeePay ke eWallet atau bank lain?
ShopeePay disepadukan dengan sistem pembayaran DuitNow, membolehkan anda membuat pembayaran kepada eWallet dan bank lain yang turut disambungkan dengan DuitNow.
4. Adakah terdapat had yang ditetapkan untuk penggunaan ShopeePay?
Had dompet ShopeePay dan had transaksi anda ditentukan berdasarkan tahap pengesahan akaun, seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Had transaksi merangkumi bayaran pesanan, pemindahan kepada pengguna lain, bayaran balik, bayaran luar talian dan Pemindahan DuitNow.
Sahkan akaun anda hari ini untuk menikmati keistimewaan sebagai pengguna akaun Premium+!
Tahap Dompet | Asas | Premium | Premium+ * |
Had Dompet | RM 2,999 | RM 4,999 | RM 30,000 |
Had Transaksi Harian | RM 2,999 | RM 4,999 | RM 30,000 |
Had Transaksi Bulanan | RM 4,999 | RM 4,999 | RM 180,000 |
Had Transaksi Tahunan | RM 59,999 | RM 59,999 | RM 360,000 |
* Bermula 20 Januari 2026, semua pengguna yang telah melengkapkan e-KYC (pengesahan akaun), termasuk pengguna yang telah melengkapkan e-KYC sebelum tarikh tersebut, akan mempunyai had dompet sebanyak RM30,000.
⚠️ Nota Penting:- Pengguna Basic sedia ada boleh terus menggunakan ShopeePay tanpa melengkapkan e-KYC, atau boleh menaik taraf kepada had RM30,000 dengan melengkapkan e-KYC.
Pengguna Premium sedia ada boleh kekal dengan had dompet RM4,999, atau menaik taraf kepada RM30,000 dengan melengkapkan e-KYC.
Dengan mengesahkan akaun ShopeePay anda, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya keupayaan platform dan menikmati pengalaman pembayaran digital yang lancar, selamat dan dipertingkatkan.
Pengguna dengan sistem operasi peranti mudah alih yang lama mungkin tidak dapat melengkapkan proses e-KYC terkini dan akan terhad kepada had dompet yang lebih rendah. Untuk menikmati manfaat penuh, sila pastikan aplikasi anda dikemas kini kepada versi minimum yang diperlukan (Shopee: 6.69.4; ShopeePay: 2.41.0).
Manfaat utama mengesahkan akaun:
- Had transaksi lebih tinggi: Nikmati peningkatan ketara bagi had transaksi harian, bulanan dan tahunan, membolehkan anda membuat bayaran dan pemindahan dengan jumlah yang lebih besar.
- Kapasiti eDompet lebih besar: Simpan sehingga RM30,000 dalam dompet ShopeePay anda, berbanding had RM2,999 bagi akaun yang belum disahkan.
- Akses penuh ke ciri ShopeePay: Pengesahan akaun membolehkan anda mengakses semua fungsi dan perkhidmatan premium yang ditawarkan oleh ShopeePay.
5. Adakah terdapat caj untuk menghantar atau menerima wang?Tiada caj tambahan untuk menghantar atau menerima wang melalui ShopeePay.6. Apakah itu baki boleh dipindah milik dan baki tidak boleh dipindah milik dalam eDompet?Ketahui lebih lanjut mengenai Baki Boleh Dipindah Milik dan Baki Tidak Boleh Dipindah Milik dalam eDompet.7. Bil apa yang boleh saya bayar melalui aplikasi ShopeePay?Anda boleh membuat pembayaran bil melalui aplikasi dengan membuka aplikasi Shopee dan mengklik bahagian Bil & Bayaran. Ketahui cara membayar bil anda menggunakan aplikasi Shopee.Anda boleh membayar pelbagai jenis bil melalui ShopeePay, seperti bil pascabayar, bil air, bil elektrik, bil majlis perbandaran, dan juga ansuran.
Kategori bil yang disokong ialah: - Bil Pascabayar
- TV Kabel
- Internet & Suara
- Elektrik
- Air & Pembetungan
- Majlis Perbandaran
- Lain-Lain
8. Bolehkah saya menetapkan pembayaran bil berulang?
Kami tidak menyokong pembayaran bil berulang buat masa ini tetapi sedang berusaha untuk menyediakannya di masa hadapan.
9. Bagaimanakah saya boleh membayar dengan ShopeePay di kedai fizikal?
Apabila anda berbelanja di kedai fizikal, cari peniaga yang menyokong ShopeePay atau menerima DuitNow QR (biasanya dipaparkan dengan QR berwarna merah jambu). Kami menyediakan 2 kaedah pembayaran kepada peniaga luar talian.Ketahui lebih lanjut cara membuat pembayaran di peniaga ShopeePay.Anda boleh membuat pembayaran di kedai fizikal menggunakan dua kaedah berikut:Kaedah 1: Imbas QR Kod Peniaga ShopeePay
Langkah 1: Klik Imbas & Bayar
Langkah 2: ATAU, klik Pindah
Langkah 3: Klik Imbas untuk Hantar
Langkah 4: Imbas QR peniaga
Langkah 5: Masukkan Jumlah Pindahan
Langkah 6: Klik Seterusnya
Langkah 7: Masukkan PIN ShopeePay anda
Kaedah 2: Peniaga ShopeePay Mengimbas Kod QR Anda
Langkah 1: Klik Imbas & BayarLangkah 2: Klik Tunjukkan Kod QR / Kod BarLangkah 3: ATAU, klik BayarLangkah 4: Masukkan PIN ShopeePay andaLangkah 5: Tunjukkan Kod kepada juruwang⚠️ Nota:- Penggunaan aplikasi dompet digital lain selain DuitNow QR untuk mengimbas kod QR peniaga ShopeePay tidak disokong buat masa ini.
- Jika baki ShopeePay anda tidak mencukupi untuk pembayaran, anda akan diminta untuk menambah nilai. Sebagai alternatif, anda boleh bertanya kepada peniaga ShopeePay sama ada mereka menerima pembayaran separa yang dibuat secara manual antara ShopeePay dan kaedah pembayaran lain.
🛠️ Penyelesaian Masalah ShopeePay di Kedai
Jika baki ShopeePay anda ditolak lebih daripada sekali semasa pembayaran, sila minta pemulangan wang daripada peniaga. Jika peniaga tidak dapat memproses pemulangan, sila hubungi kami melalui saluran yang disenaraikan di bahagian bawah halaman.