1. Bagaimanakah cara mengeluarkan dana dari ShopeePay?
Terdapat dua jenis sub-dompet dalam ShopeePay: Baki Boleh Dipindahkan dan Baki Tidak Boleh Dipindahkan.- Baki Boleh Dipindahkan merangkumi tambah nilai daripada perbankan dalam talian, Maybank2u, dan kad debit.
- Baki Tidak Boleh Dipindahkan merangkumi tambah nilai daripada kad kredit dan wang tunai.
- Hanya Baki Boleh Dipindahkan yang boleh dikeluarkan dan dipindahkan kepada pengguna lain.
Setelah pengeluaran disahkan, ia tidak boleh dibatalkan.
Langkah 1: Buka aplikasi ShopeePay anda dan klik Pindah Wang
Langkah 2: Pilih Pindahan DuitNow
Langkah 3: Pilih Jenis ID DuitNow dan isi butiran yang diperlukan
Ketahui cara menggunakan Pindahan DuitNow di ShopeePay di sini. ⚠️ Nota:- Pengeluaran hanya boleh dibuat ke akaun bank atas nama anda sendiri. Sebarang pengeluaran ke akaun bank bukan milik anda, termasuk akaun bersama, akan ditolak.
- Anda boleh menghantar permohonan pengeluaran pada hujung minggu atau cuti umum, tetapi pemprosesan akan mengambil 1-3 hari bekerja.
- Pengesahan identiti diperlukan sebelum membuat pengeluaran.
- Jumlah minimum pengeluaran ialah RM1.00.
- Anda boleh menyemak butiran pengeluaran di bahagian Transaksi Terakhir.
- Permintaan pengeluaran tidak boleh dibatalkan setelah dihantar.