Hi, how can we help?

[Pemindahan Luar Negara] Pemindahan Luar Negara - Maklumat Umum

Bahasa Malaysia | English
 
1. Apakah servis Pemindahan Dana Ke Luar Negara melalui Aplikasi Shopee?

Servis Pemindahan Dana Ke Luar Negara adalah pengiriman dana secara talian yang ditawarkan oleh Western Union yang membolehkan pengguna ShopeePay untuk menghantar wang kepada penerima di mana-mana dunia selain Malaysia.    
 
2. Apabila saya menghantar wang dengan ShopeePay menggunakan perkhidmatan Pemindahan Dana Ke Luar Negara, apakah kaedah yang tersedia untuk penerima saya menerima wang yang dipindahkan? 

Anda boleh memilih cara bagi penerima untuk menerima dana yang dikirim melalui
 
  • Pengambilan tunai di mana-mana lokasi ejen Western Union
  • Kredit ke dalam Akaun Bank mereka; atau
  • Kredit ke dalam e-dompet yang disokong oleh Western Union.
    
3. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan Pemindahan Dana Ke Luar Negara? 

Perkhidmatan ini HANYA tersedia untuk Pengguna ShopeePay Premium yang berumur 18 tahun dan ke atas, yang ingin menghantar wang kepada individu di luar negara. Ia tidak bertindak bagi individu yang ingin menghantar wang kepada entiti perniagaan atau pihak pengirim lain. 
 
a799a4904ce6410eba86e0a0bea5df8c.gif
Langkah 1: Klik pada ShopeePay di bawah tab Saya
Langkah 2: Klik Sini untuk lengkapkan KYC
Langkah 3: Sahkan Terma & Syarat dengan mengklik Seterusnya
Langkah 4: Muat naik imej mengikut arahan, kemudian klik Sah 
Langkah 5: Isi maklumat peribadi anda, kemudian klik Sah
Langkah 6: Semak maklumat anda, kemudian klik Sah
Langkah 7: Klik OK dan permohonan KYC anda akan dalam proses semakan
Langkah 8: Setelah diluluskan, anda akan melihat status Pengesahan IC Berjaya
Langkah 9: Anda kemudian boleh mengakses Pemindahan Luar Negara dengan mengklik ikon Overseas Transfer
 
4. Apakah manfaat menggunakan servis Pemindahan Dana Ke Luar Negara melalui aplikasi Shopee? 

  • Menghantar wang dari e-dompet ShopeePay: Anda boleh menghantar wang kepada mana-mana individu ke lebih 200 negara yang Western Union beroperasi hanya jika penerima tersebut tidak terlibat dalam sebarang sekatan atau disenarai hitam. 
  • Menerima wang dengan e-dompet ShopeePay: Wang yang diterima akan terus dikredit ke dalam e-dompet ShopeePay di mana anda boleh membelanjakannya di 'Marketplace' atau berbelanja secara offline melalui DuitNow QR (sila rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut).
    
5. Bagaimana saya boleh menukar destinasi pengambilan selepas saya berjaya menyelesaikan transaksi? 

Anda dinasihati untuk memastikan semua butiran transaksi adalah tepat semasa pengesahan pembayaran. Sekiranya anda memerlukan perubahan pada transaksi, anda dinasihatkan untuk menghubungi Western Union secara langsung melalui 1800-91-3399. 
    
6. Apakah had transaksi harian untuk penghantaran Western Union melalui Aplikasi Shopee? 

Had maksimum transaksi penghantaran harian adalah RM4,999.00 bagi Pengguna ShopeePay yang telah disahkan. Had transaksi harian e-dompet ShopeePay termasuk perkhidmatan Pemindahan Dana Ke Luar Negara dan sebarang transaksi lain yang dilakukan oleh ShopeePay. Jumlah minimum untuk transaksi penghantaran Western Union adalah RM1.00. Sila rujuk pautan ini mengenai had transaksi ShopeePay untuk maklumat lanjut. 
    
7. Berapakah yuran perkhidmatan yang dikenakan pada setiap transaksi penghantaran Pemindahan Dana Ke Luar Negara melalui Aplikasi Shopee? 

Yuran perkhidmatan berbeza berdasarkan jumlah wang yang dihantar dan negara destinasi/penerima. (Sila rujuk jadual Yuran Pemindahan Wang
    
8. Apakah waktu operasi talian bebas tol Western Union 1800-81-3399? 

Talian bebas tol Western Union 1800-81-3399 tersedia setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. Anda juga boleh menghubungi talian bantuan ShopeePay untuk isu berkaitan perkhidmatan Pemindahan Dana Ke Luar Negara melalui chat atau panggilan, dan ejen Sokongan Pelanggan kami akan menghubungi anda tidak lama kemudian. 
    
9. Bolehkah saya menggunakan mana-mana atau kesemua dana dalam e-dompet ShopeePay saya untuk membuat Pemindahan Dana Ke Luar Negara? 

J: Anda hanya boleh menggunakan bahagian Baki Boleh Dipindah Milik dalam e-dompet ShopeePay anda untuk melakukan transaksi Pemindahan Dana Ke Luar Negara. Baki Boleh Dipindah Milik ShopeePay termasuk Pengisian semula yang berasal dari kad debit, Perbankan Dalam Talian, dan pindahan DuitNow. Untuk maklumat lanjut mengenai baki boleh dipindahkan ShopeePay, sila rujuk pautan ini. 
    
10. Berapa ramai penerima yang boleh saya menghantar wang? 

Warga Malaysia dibenarkan untuk membuat transaksi kiriman wang kepada 20 penerima unik setiap tahun kalender. Rakyat bukan warga Malaysia dibenarkan untuk membuat transaksi kiriman wang kepada 6 penerima unik setiap tahun kalender, dan hanya ke negara asal sahaja.
    
11. Apakah jenis transaksi yang boleh dilakukan melalui Aplikasi Shopee menggunakan perkhidmatan Pemindahan Dana Ke Luar Negara? 

(i) Menghantar wang dari e-dompet ShopeePay - Hantar wang dari e-dompet ShopeePay kepada penerima di negara lain. Anda boleh memilih untuk penerima anda terhadap cara untuk menerima wang yang dipindahkan melalui:
 
  • Pengambilan tunai di lokasi ejen Western Union;
  • Kredit ke Akaun Bank; atau 
  • Kredit ke e-dompet yang disokong oleh Western Union. 
 
(ii) Menerima wang dengan e-dompet ShopeePay - Terima wang dari pengirim dari negara lain ke e-dompet ShopeePay anda melalui MTCN 10-digit yang dihasilkan semasa pemindahan. 
Was this article helpful?
Yes
No