BM | EN | CN
Sebelum anda memulakan pemindahan wang, sila pastikan penerima telah melengkapkan tetapan sekali sahaja dalam aplikasi WeChat mereka.
Untuk menerima dana dari luar negara melalui dompet elektronik WeChat Pay, penerima perlu melengkapkan proses pendaftaran sekali sahaja melalui mini program “跨境汇款 微汇款”.
⚠️ Jika penerima belum melengkapkan proses ini, pemindahan wang dari luar negara akan gagal.
Untuk membantu penerima melengkapkan tetapan, sila ikuti langkah di bawah:
Langkah 1: Klik "Mini Programs" dari halaman Discover
Langkah 2: Cari “Western Union” / “Remittance” / “TenPay” untuk masuk ke mini program
Langkah 3: Pilih “我要收款” (Saya ingin menerima)
Langkah 4: Pilih “创建名片,去收款” (Cipta akaun untuk menerima)
Langkah 5: Tandakan kotak Terma & Syarat, kemudian pilih “同意并签署” (Setuju dan Tandatangan) pada tetingkap pop-up
Langkah 6: Masukkan PIN 6 digit
Langkah 7: Pilih tempat untuk menerima dana
Langkah 8: Pautkan nombor telefon anda dan kod pengesahan akan dihantar untuk pengesahan
Langkah 9: Lengkapkan profil pengguna (Lokasi)
Langkah 10: Lengkapkan profil pengguna (Pekerjaan)
Langkah 11: Tetapan profil selesai dan pengguna boleh mula menerima dana dari luar negara
⚠️ Setelah penerima melengkapkan semua langkah di atas, anda boleh memulakan pemindahan wang dari luar negara melalui ShopeePay.