Perlaksanaan Sistem Pelanggaran Etika Pematuhan Automatik adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan dilaksanakan dengan berintegriti. Sekiranya anda didapati melanggar etika Rakan Penghantar ShopeeFood, anda akan menerima mesej notifikasi berkenaan di Driver App seperti gambar berikut:

Sila rujuk dalam Notifikasi Driver App untuk butiran pelanggaran etika tersebut:

Aktiviti-aktiviti pelanggaran etika termasuk tetapi tidak terhad:
Sila pastikan anda tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar etika atau Terma dan Syarat seperti yang dipersetujui semasa proses pendaftaran untuk mengelakkan akaun anda digantung atau dikenakan penolakan E-Dompet pada masa hadapan.
Soalan Lazim:
1) Apakah yang menyebabkan berlakunya penolakan wang pada E-Dompet saya?
Penolakan wang daripada E-Dompet berlaku jika sistem kami telah mengenal pasti bahawa anda telah terlibat dengan aktiviti mencurigakan seperti di bawah:
2) Adakah penggunaan aplikasi/ peranti tidak sah dibenarkan?
Penggunaan aplikasi / peranti tidak sah adalah TIDAK dibenarkan di platform ShopeeFood. Pihak ShopeeFood amat tegas dan tidak akan bertolak ansur sekiranya anda didapati menggunakan peranti yang tidak sah. Akaun anda boleh dikenakan tindakan tatatertib serta merta seperti penggantungan atau penutupan akaun anda.
3) Jika saya berhasrat untuk membatalkan pesanan, bolehkan saya melengkapkan pesanan tersebut tanpa mengisi borang pembatalan?
Tidak boleh, kerana perbuatan ini mencurigakan dan boleh menyebabkan penolakan wang daripada E-Dompet anda serta akaun anda boleh digantung. Sila pastikan pembatalan pesanan dibuat melalui Borang Pemohonan Pembatalan Pesanan
4) Adakah saya boleh membuat rayuan ke atas penggantungan akaun saya?
Ya, jika anda mendapati bahawa tindakan pematuhan yang dikenakan atas anda adalah tidak berkenaan dan anda ingin membuat rayuan, sila ikuti langkah seperti berikut:

Rayuan hendaklah dikemukakan melalui Driver App. Sila tunggu notifikasi di Driver App mengenai keputusan rayuan anda dalam masa 1-3 hari bekerja.
*Sila ambil perhatian bahawa rayuan hanya boleh dibuat dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja selepas anda menerima pemberitahuan penggantungan akaun anda.
Dikemas kini pada 24 April 2026