Hi, how can we help?

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Mengapakah Saya Menerima Notifikasi Amaran / Penggantungan Akaun Driver dari Pihak ShopeeFood?

Bahasa Malaysia | English

Perlaksanaan Sistem Pelanggaran Etika Pematuhan Automatik adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan dilaksanakan dengan berintegriti. Sekiranya anda didapati melanggar etika Rakan Penghantar ShopeeFood, anda akan menerima mesej notifikasi berkenaan di Driver App seperti gambar berikut:

 

 

Sila rujuk dalam Notifikasi Driver App untuk butiran pelanggaran etika tersebut:

 

Aktiviti-aktiviti pelanggaran etika termasuk tetapi tidak terhad:

  • Penghantaran lewat (tanpa memberitahu kepada pihak pelanggan)
  • Meletakkan pesanan di lokasi tidak tepat / sesuai
  • Pesanan dihantar dalam keadaan tidak elok
  • Menghantar pesanan yang salah
  • Tidak mengikut permintaan/arahan pelanggan
  • Pelanggaran protokol kesihatan
  • Pelanggaran undang-undang jalan raya
  • Kelakuan kurang sopan
  • Melengkapkan pesanan sebelum penghantaran selesai
  • Kadar permintaan untuk penugasan semula yang tinggi/mencurigakan
  • Pembatalan mencurigakan / berlebihan
  • Mencuri pesanan rakan penghantar lain
  • Memanipulasi pesanan tunai (COD)
  • Menghilangkan pesanan pelanggan dengan sengaja
  • Mendedahkan maklumat pelanggan tanpa keizinan
  • Menghubungi pelanggan selepas waktu penghantaran
  • Meminta wang tambahan daripada pelanggan
  • Menghantar pesanan bagi pihak Rakan Penghantar lain
  • Menggunakan akaun rakan penghantar lain
  • Penampilan, peralatan dan pemakaian yang tidak sesuai / tidak mengikut pematuhan
  • Melakukan / Terlibat dalam aktiviti jenayah
  • Penggunaan dadah / alkohol
  • Gangguan seksual
  • Melengkapkan pesanan tanpa membuat penghantaran.
  • Mendapatkan pesanan dengan memanipulasi sistem ShopeeFood iaitu menggunakan aplikasi yang tidak sah / pemalsuan GPS ketika membuat penghantaran ShopeeFood. 
  • Menjana pesanan spam bagi keuntungan peribadi.
  • Membeli dan menjual di antara akaun sendiri, rakan kongsi perniagaan, keluarga & rakan-rakan.
  • Sebarang aktiviti lain yang mencurigakan dan dianggap melanggar etika Rakan Penghantar ShopeeFood yang dikesan oleh sistem Shopee.

Sila pastikan anda tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar etika atau Terma dan Syarat seperti yang dipersetujui semasa proses pendaftaran untuk mengelakkan akaun anda digantung atau dikenakan penolakan E-Dompet pada masa hadapan.

 

 

 

Soalan Lazim:

1) Apakah yang menyebabkan berlakunya penolakan wang pada E-Dompet saya?

Penolakan wang daripada E-Dompet berlaku jika sistem kami telah mengenal pasti bahawa anda telah terlibat dengan aktiviti mencurigakan seperti di bawah:

  • Melengkapkan pesanan tanpa membuat penghantaran .
  • Menghantar pesanan yang salah.
  • Memanipulasi pesanan tunai (COD).
  • Menjana pesanan spam bagi keuntungan peribadi.
  • Mendapatkan pesanan dengan memanipulasi sistem ShopeeFood iaitu menggunakan aplikasi yang tidak sah / pemalsuan GPS ketika membuat penghantaran. 

 

2) Adakah penggunaan aplikasi/ peranti tidak sah dibenarkan?

Penggunaan aplikasi / peranti tidak sah adalah TIDAK dibenarkan di platform ShopeeFood. Pihak ShopeeFood amat tegas dan tidak akan bertolak ansur sekiranya anda didapati menggunakan peranti yang tidak sah. Akaun anda boleh dikenakan tindakan tatatertib serta merta seperti penggantungan atau penutupan akaun anda.

 

3) Jika saya berhasrat untuk membatalkan pesanan, bolehkan saya melengkapkan pesanan tersebut tanpa mengisi borang pembatalan?

Tidak boleh, kerana perbuatan ini mencurigakan dan boleh menyebabkan penolakan wang daripada E-Dompet anda serta akaun anda boleh digantung.

 

4) Adakah saya boleh membuat rayuan ke atas penggantungan akaun saya?

Ya, jika anda mendapati bahawa tindakan pematuhan yang dikenakan atas anda adalah tidak berkenaan dan anda ingin membuat rayuan, sila ikuti langkah seperti berikut:

  1. Sila ambil maklum tentang pelanggaran etika dengan merujuk kod kesalahan yang tertera di Butiran Notifikasi iaitu: C001 atau F002.

 

 

  • Sila isi borang rayuan mengikut kod kesalahan dan menyertakan maklumat seperti di bawah:
  • Kod Kesalahan (eg: C001 / F002)
  • Nombor telefon yang berdaftar dengan ShopeeFood
  • ID Rakan Penghantar
  • ID Pesanan (Jika berkenaan)
  • Bukti berkaitan (Gambar bukti penghantaran / Tangkapan skrin perbualan/ Tangkapan skrin Waze/Map yang menunjukkan anda sampai di lokasi pembeli) 

*Sila ambil perhatian bahawa rayuan hanya boleh dibuat dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja selepas anda menerima pemberitahuan penggantungan akaun anda.

 

3. Borang rayuan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar. Sila tunggu e-mel dan notifikasi di Driver App mengenai keputusan rayuan anda dalam masa 1-3 hari bekerja.

 

Klik disini untuk Borang Rayuan

 

Was this article helpful?
Yes
No