Bahasa Malaysia | English
Shopeefood Report & Reward Program (“Program R&R ShopeeFood”) membolehkan rakan kongsi ShopeeFood melaporkan sebarang amalan penipuan atau mencurigakan dalam kalangan pengguna ShopeeFood sambil memastikan identiti pelapor kekal tanpa nama pada setiap masa.
Soalan Lazim:
1) Apakah itu program "Report & Rewards” ?
Report & Rewards adalah satu inisiatif dari pihak ShopeeFood untuk menangani aktiviti penipuan dan penggunaaan peranti tidak sah dalam kalangan rakan penghantar Shopeefood. ShopeeFood tidak akan bertolak ansur dengan sebarang jenis penipuan dan tingkah laku tidak beretika oleh Rakan Penghantar ShopeeFood. Oleh itu, ShopeeFood menggalakkan sesiapa sahaja yang menghadapi sebarang aktiviti yang mencurigakan dan penipuan seperti di bawah untuk tampil ke hadapan dan melaporkan:
2) Saya ingin melaporkan aktiviti Rakan Penghantar ShopeeFood yang mencurigakan dan terlibat dalam aktiviti penipuan. Apakah langkah dan proses seterusnya?
Anda perlu menyediakan butiran dan dokumen sokongan yang berkaitan dengan aduan. Identiti pemberi maklumat tidak akan didedahkah. Pihak ShopeeFood akan menyiasat aduan tersebut dan mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti penipuan. Langkah-langkah seperti di bawah:
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat.
3) Apakah informasi/ butiran yang perlu saya sertakan bersama laporan saya?
Anda digalakkan untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat tentang aktiviti penipuan tersebut dan anda boleh menyertakan maklumat yang berkaitan seperti dibawah:
4) Bagaimanakah saya memastikan bahawa laporan saya dapat membantu siasatan lanjut pihak ShopeeFood?
Pastikan maklumat dalam laporan anda lengkap & ringkas. Contoh:
Elakan laporan yang umum dan bukti yang tidak mencukupi. Contoh:
Sila pastikan laporan yang dihantar mengandungi maklumat terperinci agar pihak ShopeeFood dapat menjalankan siasatan lanjut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
5) Bagaimana pihak ShopeeFood menentukan kelayakan pihak laporan dan jumlah ganjaran?
Pihak ShopeeFood menentukan kelayakan pihak laporan dan jumlah ganjaran berdasarkan:
6) Apakah kategori laporan penipuan yang melayakkan saya untuk mendapatkan ganjaran?
Ganjaran | Kategori Penipuan | Butiran |
Sehingga RM300 | GPS Palsu / Emulator | Penggunaan aplikasi GPS palsu pihak ketiga untuk menipu atau memanipulasi penetapan pesanan sistem dan/atau untuk mendapatkan kelebihan atas faedah tempahan walaupun pemandu tidak hadir secara fizikal di lokasi yang berkaitan. |
Peranti Tidak Sah / Aplikasi Diubah Suai (MOD) | Penggunaan aplikasi ShopeFood Driver yang diubah suai / peranti tidak sah yang tidak tersedia di Google Play Store atau Apple App Store. |
Dikemas kini: 19 September 2022