Bahasa Malaysia | English
Setiap transaksi berkenaan tugasan penghantaran akan direkodkan di dalam aplikasi ShopeeFood Driver. Sistem ShopeeFood membolehkan Rakan Penghantar untuk membuat tambahan nilai dan pengeluaran terus dari aplikasi pada bila-bila masa.
Teliti rajah di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan perihal asas E-Wallet Rakan Penghantar.
1) Tambah Nilai
- Menu Utama > My Wallet > Top Up > Isi jumlah yang ingin di top up > Pilih Payment Method > Klik Top Up(Ringkasan Top Up anda akan dipaparkan pada Top Up & Withdrawal History)✅ Ambil maklum bahawa Rakan Penghantar harus mempunyai baki positif (RM1 dan ke atas) dalam E-Wallet Aplikasi Driver untuk mula menerima tugasan

2) Pengeluaran
- Menu Utama > My Wallet > Withdraw > Pilih Akaun untuk pemindahan wang > Isi jumlah pengeluaran > Klik Withdraw(Ringkasan anda akan dipaparkan pada Top Up & Withdrawal History)

NOTA PENTING
- Sekiranya akaun bank yang tertera tidak tepat, anda harus mengemas kini dengan menghubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood
- Rakan Penghantar ShopeeFood boleh membuat pengeluaran sebanyak RM1 hingga RM500 pada satu masa
- Rakan Penghantar ShopeeFood hanya boleh membuat pengeluaran maksimum sebanyak 3 kali sehari
3) Penyata Pendapatan
- Hubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood melalui Live Chat (Jangkaan 7 hari bekerja bagi mendapat salinan penyata pendapatan)
4) Soalan Lazim
- Apakah nilai minimum yang perlu ada dalam E-wallet saya untuk membolehkan saya mendapat tugasan pesanan?Rakan Penghantar harus mempunyai sekurang-kurangnya RM1 untuk menerima tugasan.
- Apakah nilai minimum yang perlu ada dalam E-wallet saya untuk membolehkan saya mendapat tugasan COD?Rakan Penghantar digalakkan untuk mempunyai minimum RM50 untuk menerima tugas COD.
- Adakah tip yang diberi oleh pelanggan melalui aplikasi ShopeeFood disertakan dalam penyata pendapatan Rakan Penghantar?Ya, Rakan Penghantar boleh menyemak tip yang diberi oleh pelanggan dalam laman transaksi aplikasi Driver.