Hi, how can we help?

What is ShopeeFood

Contact Channel

How to use Wallet

Rules and regulations

Terms & Conditions
Driver Guidelines

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Tatakelakuan: Garis Panduan Rakan Penghantar

ShopeeFood mengamalkan prinsip toleransi sifar terhadap komuniti Rakan Penghantar keatas sebarang aktiviti yang melanggar kod tatakelakuan/tatatertib ShopeeFood. Garis panduan ini menjelaskan butiran berkenaan pelanggaran kod tatakelakuan/tatatertib yang mungkin mengakibatkan penggantungan atau penamatan perkhidmatan atau akses kepada aplikasi Rakan Penghantar.


Kesalahan melibatkan pesanan


Rakan penghantar perlu mematuhi standard operasi penghantaran. Pastikan pesanan dihantar dalam keadaan yang baik dan selamat. Tindakan tegas akan dikenakan jika anda didapati bersalah.



Contoh salah laku

  1. Mencuri pesanan
  2. Menghubungi pelanggan di luar waktu penghantaran.
  3. Dengan sengaja membuka bungkusan pesanan yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan.
  4. Penghantaran lewat (tanpa memberitahu kepada pihak pelanggan)
  5. Meletakkan pesanan di lokasi tidak tepat / sesuai
  6. Pesanan dihantar dalam keadaan tidak elok
  7. Menghantar pesanan yang salah


Kesalahan dalam pengendalian pelanggan


Tatatertib, laras bahasa dan tingkah laku adalah penting semasa pengendalian pelanggan. Pastikan tutur kata yang sopan, tiada kontak fizikal dan tidak menghubungi pelanggan diluar waktu atau berkomunikasi perkara tidak berkenaan penghantaran.



Contoh salah laku

  1. Menghubungi pelanggan di luar waktu penghantaran.
  2. Menyebarkan maklumat peribadi pelanggan dalam apa jenis cara sekalipun.
  3. Dengan sengaja membuka bungkusan pesanan yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan.
  4. Melakukan gangguan seksual, ungkapan kebencian, atau terlibat dalam pertelingkahan antara pelanggan, rakan niaga ShopeeFood, Rakan Pemandu ShopeeFood, atau pekerja ShopeeFood daripada mana-mana sumber media
  5. Menghilangkan pesanan pelanggan dengan sengaja
  6. Menghubungi pelanggan selepas waktu penghantaran
  7. Meminta wang tambahan daripada pelanggan
  8. Menghantar pesanan bagi pihak Rakan Penghantar lain


Kesalahan memanipulasi sistem


Penggunaan sistem dari segi memanipulasi atau pengubahsuaian aplikasi, bagi mendapatkan keuntungan dipandang serius kerana mengakibatkan kerugian pelbagai pihak. Tindakan tegas akan diambil jika anda didapati bersalah.



Contoh salah laku

  1. Mendapatkan pesanan dengan memanipulasi sistem ShopeeFood iaitu menggunakan aplikasi yang tidak sah / pemalsuan GPS/MOD ketika membuat penghantaran ShopeeFood.
  2. Menjana pesanan spam bagi keuntungan peribadi.
  3. Membeli dan menjual di antara akaun sendiri, rakan kongsi perniagaan, keluarga & rakan-rakan.
  4. Kadar penolakan pesanan yang tinggi (High Reject Rate)
  5. Kadar pesanan tidak peduli tinggi (High Ignore Rate)
  6. Sebarang aktiviti lain yang mencurigakan dan dianggap melanggar peraturan etika ShopeeFood yang dikesan oleh sistem Shopee.
  7. Melengkapkan pesanan sebelum penghantaran selesai
  8. Kadar permintaan untuk penugasan semula yang tinggi/mencurigakan
  9. Pembatalan pesanan mencurigakan / berlebihan


Kesalahan berkenaan dokumentasi semasa penghantaran


Anda perlu mempunyai lesen dan permit sah yang mungkin diperlukan bagi dikemukakan kepada pihak berkuasa. Pastikan kenderaan anda mempunyai perlindungan insuran dan cukai jalan yang sah tempoh. Adalah menjadi tanggungjawab individu bagi mengemaskini dan menghantar semula pembaharuan dokumen tersebut sekiranya tamat tempoh, ditarik semula atau diperlukan oleh pihak ShopeeFood.


Contoh salah laku

  1. Menunggang tanpa lesen yang sah atau tamat tempoh
  2. Menggunakan dokumen palsu semasa pendaftaran rakan penghantar
  3. Tiada dokumen sah kenderaan (geran/cukai jalan)
  4. Cukai jalan tamat tempoh
  5. Mendaftar menggunakan maklumat orang lain



Kesalahan berkenaan serangan, gangguan dan penderaan akan diambil tindakan tegas


Tingkah laku berkenaan adalah dilarang : Cubaan atau kelakuan serangan fizikal, gangguan seksual secara lisan atau perbuatan, rogol, membunuh, menculik, ugutan dan provokasi, dan kemajuan seksual antara rakan penghantar dan pengguna, sama ada dengan persetujuan bersama atau sebaliknya. Jangan bertanya soalan peribadi yang melampaui batas atau memberi sebarang komen tentang penampilan sesiapa pun. Anda dilarang sama sekali untuk menghubungi pelanggan selepas waktu penghantaran bagi keperluan peribadi. Tindakan tegas akan diambil jika anda didapati terlibat atau bersalah.



Contoh salah laku

  1. Cubaan atau perbuatan jenayah di platform ini termasuk serangan fizikal/seksual, rogol, membunuh atau menculik.
  2. Cubaan atau perbuatan kemajuan seksual
  3. Merenung, gerakan atau bahasa badan yang mengundang ketidakselesaan
  4. Segala jenis perkataan lisan atau tulisan - serangan seksual/bukan seksual/ugutan/mencabar/provokasi melalui panggilan telefon, media sosial, mesej
  5. Penggunaan perkataan kesat, kasar atau tidak sopan dalam apa jua bentuk
  6. Segala bentuk gangguan fizikal atau secara peribadi
  7. Menghubungi atau mengintai pelanggan selepas penghantaran selesai, atas sebab peribadi sama ada diatas talian atau secara peribadi


Kesalahan berkenaan jenayah akan diambil tindakan tegas


Anda akan dikenakan tindakan undang-undang yang berkuat kuasa jika melakukan sebarang perbuatan jenayah seperti, mencuri, merompak, memiliki bahan atau senjata terlarang, perbuatan vandalisme atau kerosakan harta benda. Anda dilarang sama sekali mencetuskan atau terlibat dengan aktiviti yang menyebabkan gangguan awam. Selagi anda memakai uniform ShopeeFood, anda terikat dengan garis panduan pematuhan yang telah ditetapkan oleh pihak ShopeeFood. Kami bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang - undang bagi menyiasat dan mendakwa pesalah.



Contoh salah laku

  1. Kesalahan jenayah dibawah undang-undang
  2. Rakan penghantar sedang disiasat atas kesalahan jenayah oleh pihak berkuasa
  3. Kerosakan atau vandalisme yang disengajakan pada pengguna ShopeeFood atau syarikat
  4. Kegagalan mematuhi peraturan/arahan seperti yang dituntut oleh ShopeeFood atau kerajaan
  5. COD - kegagalan memulangkan baki pelanggan
  6. Non COD - mengambil pesanan pelanggan tanpa persetujuan (mencuri pesanan)


Pematuhan undang-undang keselamatan jalan raya


Elak melanggar peraturan lalu lintas, menunggang secara mululu dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Elakkan daripada menunggang dalam keadaan hujan lebat dan jalan licin, berhenti di kawasan yang selamat sehingga keadaan sesuai.


Pematuhan undang-undang jalan raya termasuk mematuhi had laju, mematuhi isyarat dan lampu isyarat, menggunakan kit bebas tangan semasa menunggang. Anda hendaklah sentiasa memakai topi keledar dan pastikan tali topi keledar diikat rapi.


Peringatan: Jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, anda dikehendaki membuat laporan polis bagi tujuan rekod.



Contoh salah laku

  1. Menyebabkan kecederaan/hilang upaya kekal/kematian kepada pihak pengguna, pihak ketiga atau pejalan kaki
  2. Melanggar peraturan lalu lintas termasuk :
  3. Mengendalikan kenderaan tanpa lesen atau insurans yang sah
  4. Menunggang melebihi had laju
  5. Menunggang tanpa topi keledar
  6. Menunggang dibawah pengaruh alkohol/dadah
  7. Melanggar lampu isyarat
  8. Menunggang menentang arus
  9. Menunggang dengan berbahaya
  10. Menyembunyikan plat pendaftaran kenderaan


Kesalahan berkenaan penggunaan dadah, minuman keras dan senjata akan diambil tindakan tegas


Pengambilan alkohol dan dadah adalah dilarang semasa anda berada di platform ShopeeFood. Bahan larangan, botol alkohol terbuka dan senjata tidak dibenarkan berada dalam kenderaan anda.


Jika pelanggan atau pengguna merasakan anda dibawah pengaruh dadah atau alkohol, mereka berhak untuk membatalkan pesanan serta-merta. Jika anda didapati menghantar barangan merbahaya, termasuk permintaan khas daripada pengguna, pelanggan berhak untuk memaklumkannya kepada pihak ShopeeFood atau pihak berkuasa.


Jangan terima perkhidmatan yang bukan sebahagian daripada perkhidmatan ShopeeFood. Jika anda mempunyai sebab untuk mengesyaki jenis kandungan bungkusan anda, sika maklumkan terus kepada pihak ShopeeFood dan pihak berkuasa. Tindakan tegas akan dikenakan jika anda didapati bersalah.



Contoh salah laku

  1. Memiliki sebarang senjata seperti pistol, semburan lada, belantan, atau pisau
  2. Memiliki dadah atau sebarang kesalahan berkaitan dadah
  3. Berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol semasa penghantaran ShopeeFood
  4. Sengaja atau cubaan menggunakan platform ShopeeFood sebagai provokasi untuk aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, penggubahan wang haram, penghantaran barangan haram

Penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan


Pastikan kenderaan anda dalam keadaan optimum dan mengikut piawaian keselamatan industri. Pastikan anda menggunakan kenderaan yang berdaftar.



Contoh salah laku

  1. Kerosakan dalaman/luaran yang menjejaskan kualiti keselamatan kenderaan (cermin sisi retak, raga tidak dipasang rapi, bunyi gegaran enjin yang ketara)
  2. Menggunakan kenderaan/plat/akaun yang berbeza daripada yang dipaparkan di aplikasi rakan penghantar
  3. Membenarkan mana-mana individu lain menggunakan kenderaan/akaun/lesen anda bagi mengambil pesanan/tempahan ShopeeFood
  4. Tidak menggunakan mod pengangkutan yang betul seperti yang didaftarkan dengan ShopeeFood (contoh: kereta)



Amalan kebersihan dan kesihatan


Protokol Keselamatan Kesihatan Awam telah ditetapkan untuk mempromosikan kesihatan awam dan memastikan risiko pendedahan pada virus COVID19 diminimumkan, jika tidak, dielakkan. Jaga kebersihan diri pada setiap masa dan kerap merujuk kepada garis panduan rasmi terkini untuk keperluan mengenai kebersihan dan kesihatan diri.



Contoh salah laku

  1. Tidak membasmi kuman pada bag rakan penghantar
  2. Tidak memastikan keadaan anda sihat dan cergas untuk menjalankan tugas
  3. Tidak membuat saringan COVID19 jika bergejala


Rakan Penghantar ShopeeFood diingatkan untuk sentiasa mematuhi garis panduan tatakelakuan yang telah ditetapkan oleh pihak ShopeeFood. Jika anda terlibat dan didapati bersalah, ShopeeFood berhak untuk mengenakan tindakan tegas keatas anda.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat.

Was this article helpful?
Yes
No