Hi, how can we help?

What is ShopeeFood

Contact Channel

How to use Wallet

Incentive and Bonus

Driver Performance
Driver Incentive, Bonus & Benefits

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Ciri Hub : Pengenalan & Cara Penggunaan

Pengenalan

 

Ciri hub membenarkan Rakan Penghantar untuk memilih zon kawasan dan waktu slot yang diingini untuk melakukan penghantaran. Zon-zon ini akan ditetapkan oleh pihak ShopeeFood dari masa ke semasa.

 

Teliti rajah di bawah untuk maklumat lanjut.

v6 (1).png

 

 

Syarat-syarat menyertai ciri Hub

 

  • Berjaya menyelesaikan jumlah pesanan yang tinggi di dalam kawasan Hub
  • Mengekalkan kadar penyelesaian (Completion Rate) yang tinggi
  • Kawasan Hub pada masa kini adalah di sekitar:
  • Lembah Klang: Ampang, Petaling Jaya, Setapak, Kuala Lumpur, Batu Caves, Kepong, Cheras, Puchong, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang, Putrajaya, Setia Alam, Seri Kembangan, Semenyih dan Subang Bestari.
  • JohorJohor Bahru, Tebrau, Skudai
  • Pulau Pinang: Georgetown, Bayan Lepas
  • Sabah: Kota Kinabalu

 

Langkah penggunaan ciri Hub

 

 

 

 

 

 

Syarat Kelayakan Bonus Ciri Hub

 

Syarat berikut harus dipenuhi bagi melayakkan anda untuk bonus Ciri Hub

 

  • Capai kadar penyelesaian (CR) sekurang-kurangnya 85%.
  • Kekal aktif di dalam kawasan Hub sekurang-kurangnya 80% daripada keseluruhan tempoh slot anda.

(Kekal aktif = Pastikan aplikasi Driver kekal online (elak daripada log keluar) semasa syif slot hub anda)

 

Maklumat Tambahan

 

 

 

 

Soalan Lazim

1) Bolehkah saya menerima pesanan dari luar kawasan Hub semasa bekerja dalam ciri Hub?

Anda tidak akan menerima sebarang pesanan dari luar kawasan Hub semasa tempoh anda menempah dan bekerja dalam ciri Hub.

 

2) Bilakah slot akan terbuka untuk tempahan?

Rakan Penghantar boleh melihat jadual kerja untuk minggu terkini dan juga 2 minggu kehadapan. Bagaimanapun, tempahan hanya boleh dibuat seminggu sebelum slot tersebut bermula.

 

3) Bolehkah saya menempah slot pada hari yang sama? (Contohnya, hari ini 10 pagi saya ingin menempah slot untuk 2 petang nanti)

Ya, anda boleh menempah slot yang masih tersedia sekurang-kurangnya 10 minit sebelum slot tersebut bermula.

 

4) Adakah saya dibenarkan untuk membatalkan slot hub yang telah ditempah?

Ya, Anda boleh membuat pembatalan, tetapi anda tidak boleh membuat pembatalan dalam tempoh 30 minit sebelum slot bermula. Slot yang telah dibatalkan tidak boleh ditempah semula.

 

5) Apakah perbezaan antara pesanan Hub dengan pesanan biasa (Non-Hub)?

  • Jarak penghantaran untuk pesanan Hub lebih dekat
  • Masa penghantaran untuk pesanan Hub lebih singkat
  • Skema insentif Hub yang lebih menarik
  • (Pesanan Hub yang telah selesai tidak akan dikira untuk skema insentif biasa dan dikira untuk skema insentif hub)

 

6) Bolehkah saya menjalankan pesanan Hub dan pesanan biasa (Non-Hub) pada hari yang sama?

Ya, anda masih boleh menjalankan pesanan Hub dan pesanan biasa pada hari yang sama.

 

7) Apa yang akan berlaku jika saya terlepas atau terlambat untuk slot yang saya tempah?

  • Jika anda terlepas slot anda, anda akan dikenakan tindakan susulan jika didapati melakukan kesalahan ini berulang-kali.
  • Jika anda terlambat untuk slot anda, anda berkemungkinan akan dikenakan tindakan susulan dan tidak layak untuk memenuhi kriteria bonus hub.

 

 

Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui borang ini atau Live Chat di portal aplikasi Driver .

Was this article helpful?
Yes
No