Hi, how can we help?

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Ciri Hub : Pengenalan & Cara Penggunaan

Bahasa Malaysia | English

Pengenalan

 

Ciri hub membenarkan Rakan Penghantar untuk memilih zon kawasan dan waktu slot yang diingini untuk melakukan penghantaran. Zon-zon ini akan ditetapkan oleh pihak ShopeeFood dari masa ke semasa.

 

Teliti rajah di bawah untuk maklumat lanjut.

v6 (1).png

 

 

Syarat-syarat menyertai ciri Hub

 

  • Berjaya menyelesaikan jumlah pesanan yang tinggi di dalam kawasan Hub
  • Mengekalkan kadar penyelesaian (Completion Rate) yang tinggi
  • Kawasan Hub pada masa kini adalah di sekitar:
  • Lembah Klang: Ampang, Petaling Jaya, Setapak, Kuala Lumpur, Batu Caves, Kepong, Cheras, Puchong, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang, Putrajaya, Setia Alam, Seri Kembangan, Semenyih dan Subang Bestari.
  • JohorJohor Bahru, Tebrau, Skudai
  • Pulau Pinang: Georgetown, Bayan Lepas
  • Sabah: Kota Kinabalu

 

Langkah penggunaan ciri Hub

 

 

 

 

 

 

Syarat Kelayakan Bonus Ciri Hub

 

Syarat berikut harus dipenuhi bagi melayakkan anda untuk bonus Ciri Hub

 

  • Capai kadar penyelesaian (CR) sekurang-kurangnya 85%.
  • Kekal aktif di dalam kawasan Hub sekurang-kurangnya 80% daripada keseluruhan tempoh slot anda.

(Kekal aktif = Pastikan aplikasi Driver kekal online (elak daripada log keluar) semasa syif slot hub anda)

 

Maklumat Tambahan

 

 

 

 

Ciri Baharu

SeaTalk_IMG_20241004_164431.png

Rakan Penghantar ShopeeFood yang berdaftar dengan ciri Hub kini boleh mengambil pesanan di luar kawasan hub. Ciri baharu ini berpotensi untuk meningkatkan lagi jumlah pesanan hub Rakan Penghantar ShopeeFood.

 

*Setiap pesanan yang diambil di luar kawasan hub akan tetap di hantar ke dalam kawasan hub. Walaupun anda keluar dari kawasan hub untuk pengambilan pesanan, kehadiran sesi hub anda masih akan dikira.

 

*Anda berkemungkinan untuk mendapat tugasan pengambilan pesanan di luar kawasan hub. Ambil maklum bahawa pengagihan tugasan yang memerlukan pengambilan di luar kawasan hub adalah bergantung sepenuhnya kepada sistem.

 

Soalan Lazim

1) Bolehkah saya menerima pesanan dari luar kawasan Hub semasa bekerja dalam ciri Hub?

Anda berkemungkinan akan mendapat pesanan dari luar kawasan Hub semasa tempoh anda menempah dan bekerja dalam ciri Hub.

 

2) Bilakah slot akan terbuka untuk tempahan?

Rakan Penghantar boleh melihat jadual kerja untuk minggu terkini dan juga 2 minggu kehadapan. Bagaimanapun, tempahan hanya boleh dibuat seminggu sebelum slot tersebut bermula.

 

3) Bolehkah saya menempah slot pada hari yang sama? (Contohnya, hari ini 10 pagi saya ingin menempah slot untuk 2 petang nanti)

Ya, anda boleh menempah slot yang masih tersedia sekurang-kurangnya 10 minit sebelum slot tersebut bermula.

 

4) Adakah saya dibenarkan untuk membatalkan slot hub yang telah ditempah?

Ya, Anda boleh membuat pembatalan, tetapi anda tidak boleh membuat pembatalan dalam tempoh 30 minit sebelum slot bermula. Slot yang telah dibatalkan tidak boleh ditempah semula.

 

5) Apakah perbezaan antara pesanan Hub dengan pesanan biasa (Non-Hub)?

  • Jarak penghantaran untuk pesanan Hub lebih dekat
  • Masa penghantaran untuk pesanan Hub lebih singkat
  • Skema insentif Hub yang lebih menarik
  • (Pesanan Hub yang telah selesai tidak akan dikira untuk skema insentif biasa dan dikira untuk skema insentif hub)

 

6) Bolehkah saya menjalankan pesanan Hub dan pesanan biasa (Non-Hub) pada hari yang sama?

Ya, anda masih boleh menjalankan pesanan Hub dan pesanan biasa pada hari yang sama.

 

7) Apa yang akan berlaku jika saya terlepas atau terlambat untuk slot yang saya tempah?

  • Jika anda terlepas slot anda, anda akan dikenakan tindakan susulan jika didapati melakukan kesalahan ini berulang-kali.
  • Jika anda terlambat untuk slot anda, anda berkemungkinan akan dikenakan tindakan susulan dan tidak layak untuk memenuhi kriteria bonus hub.

 

8) Adakah saya boleh mendapat pesanan Same Day Delivery semasa bertugas dalam slot hub?

Ya, anda masih berpotensi untuk mendapat pesanan Same Day Delivery semasa bertugas dalam slot hub anda.

 

Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui borang ini atau Live Chat di portal aplikasi Driver .

Was this article helpful?
Yes
No