Pengendalian Isu Same Day Delivery
Terdapat beberapa isu yang mungkin akan berlaku semasa anda menjalankan penghantaran Same Day Delivery. Usah gusar, ikuti langkah-langkah dibawah untuk tindakan lanjut.
1. Tidak dapat menjumpai Rakan Niaga/Pengirim
- Cuba untuk menghubungi Rakan Niaga/Pengirim sekurang-kurangnya 3 kali
- Jika anda gagal untuk menghubungi Rakan Niaga/Pengirim, hantar mesej melalui Livechat atau SMS untuk kepastian
- Jika anda tidak mendapat sebarang respons lebih daripada 10 minit, batalkan pesanan tersebut
2. Barang yang ingin dihantar adalah terlalu berat atau besar
- Maklumkan kepada Rakan Niaga/Pengirim dengan berhemah bahawa barang tersebut tidak boleh dihantar
- Batalkan pesanan tersebut
*Spesifikasi muatan yang boleh dihantar:
- P X L X T = kurang daripada 30 cm
- Berat maksimum tidak melebihi 10 kg
3. Anda mengesyaki barang yang dihantar adalah barang yang terlarang
- Berhenti di kawasan yang selamat
- Laporkan kepada pihak polis jika anda mengesyaki barang tersebut berkait dengan jenayah/kesalahan undang-undang
- Batalkan pesanan tersebut
4. Barang yang ingin dihantar rosak atau hilang selepas pengambilan/pick up
- Hubungi pasukan khidmat pelanggan untuk bantuan
- Jika Penerima memaklumkan bahawa barang yang diterima rosak, sila nasihati penerima untuk tuntutan (refund) pemulangan
5. Tidak dapat menjumpai Penerima
- Cuba untuk menghubungi Penerima sekurang-kurangnya 3 kali
- Jika anda gagal untuk menghubungi Penerima, hantar mesej melalui Livechat atau SMS
- Jika anda telah menunggu lebih daripada 10 minit, pulangkan barang tersebut kepada Rakan Niaga/Pengirim
- Jika Rakan Niaga/Pengirim tidak dapat menerima, pulangkan barang tersebut ke ShopeeFood DPC
6. Penerima menolak penerimaan barang yang dihantar
- Maklumkan kepada Rakan Niaga/Pengirim berkenaan situasi tersebut
- Pulangkan barang tersebut kepada Rakan Niaga/Pengirim (Rujuk langkah penghantaran gagal)
- Jika Rakan Niaga/Pengirim tidak dapat menerima, pulangkan barang tersebut ke ShopeeFood DPC
*Alamat DPC:
Level 4, Block B, Menara, Harvey Norman, 13A, Jalan 51a/219, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor
7. Ikuti langkah berikut untuk menjalankan proses pemulangan semula (Return to Seller)
Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami dengan mengisi borang ini atau melalui Live Chat.