Hi, how can we help?

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Garis Panduan Pengendalian Isu Driver Wallet

Bahasa Malaysia | English

Fungsi Driver Wallet

  1. Membuat tambah nilai (Top Up)
  2. Membuat pengeluaran (Withdrawal)
  3. Meniliti sejarah tambah nilai dan pengeluaran
  4. Meneliti transaksi pendapatan, penolakan dan bayaran balik (Refund)
  5. Meneliti Ringkasan Pendapatan

Artikel ini akan menerangkan beberapa isu berkaitan Driver Wallet dan cara penyelesaiannya.

 

1) Pengeluaran Tidak Berjaya (Gagal/Ditolak)

  1. Pastikan nombor bank akaun yang anda daftar bersama ShopeeFood adalah tepat
  2. Jika nombor akaun anda salah, isi borang ini untuk mengemaskini nombor akaun anda
  3. Jika nombor akaun anda betul, maklumkan kepada pihak Khidmat Pelanggan (elak spam permohonan anda). Pihak ShopeeFood akan mengesahkan isu tersebut dan memaklumkan sebarang kemaskini di platform Telegram Rakan Penghantar ShopeeFood
  4. Kesabaran anda amat dihargai. Anda akan dimaklumkan sekali lagi apabila isu tersebut telah selesai (Jumlah pengeluaran anda akan dikreditkan semula ke Driver Wallet anda)
  5. Jalankan pengeluaran daripada Driver Wallet anda sekali lagi

 

 

2) Pengeluaran berjaya tetapi duit tidak dikreditkan ke akaun bank

  1. Hubungi pihak Khidmat Pelanggan ShopeeFood untuk menyemak status pengeluaran anda
  2. Elak spam pihak Khidmat Pelanggan untuk aduan anda. Tunggu untuk pengesahan daripada pihak ShopeeFood

 

 

3) Penyelenggaraan sistem bank berkala

  1. Sebarang penjadualan penyelenggaraan sistem bank akan diumumkan di laman Telegram Rasmi Rakan Penghantar

 

 

4) Masa diambil untuk pemindahan duit daripada Driver Wallet ke akaun bank

  1. Pemindahan wang daripada Driver Wallet ke akaun bank anda adalah serta merta

 

 

5) Penyemakan percanggahan jumlah dalam Driver Wallet

 

  1. Jika anda mendapati terdapat sebarang penolakan wang daripada Driver Wallet anda, sila semak sejarah pesanan anda untuk sebarang pesanan COD. Pesanan COD akan menolak jumlah yang sepatutnya daripada Driver Wallet anda kerana anda telah menerima jumlah wang tersebut dalam bentuk tunai
  2. Jika anda didapati mencuri pesanan atau tidak menghantar pesanan kepada pembeli, pihak ShopeeFood akan membuat penolakan wang daripada Driver Wallet anda

 

6) Keselamatan tambahan bagi Driver Wallet

 

  1. Tetapkan kata laluan untuk aplikasi Driver bagi memastikan akaun Driver ShopeeFood anda terjamin sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian telefon pintar anda

 

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat atau emel kami di help@support.shopee.com.my.

Was this article helpful?
Yes
No