Sebagai Rakan Penghantar ShopeeFood, anda mungkin akan menerima penolakan dalam E-Dompet atas sebab-sebab tertentu. Jangan risau, anda boleh menyemak butiran penolakan ini dengan mudah melalui aplikasi.
Untuk Penolakan Pesanan Makanan
Langkah 1 : Dari halaman “Home”, klik “Wallet Saya” (My Wallet).
Langakah 2 : Klik pada “Transaksi” (Transactions).
Langkah 3 : Klik “Pelarasan Manual“ (Manual Adjustment) untuk melihat butiran lanjut mengenai penolakan dompet.
Langkah 4: Sistem akan memaparkan ikon makanan. Anda boleh melihat jenis kesalahan, ID pesanan berserta tarikh dan masa pada bahagian catatan (remark).

Untuk Penolakan Pesanan Instant Delivery
Langkah 1 : Dari halaman “Home”, klik “Wallet Saya” (My Wallet).
Langakah 2 : Klik pada “Transaksi” (Transactions).
Langkah 3 : Klik “Pelarasan Manual“ (Manual Adjustment) untuk melihat butiran lanjut mengenai penolakan dompet. Langkah 4: Sistem akan memaparkan ikon Instant Delivery. Anda boleh melihat jenis kesalahan, ID pesanan berserta tarikh dan masa pada bahagian catatan (remark).
Jika anda mendapati bahawa tindakan pematuhan yang dikenakan atas anda adalah tidak berkenaan dan anda ingin membuat rayuan, sila ikuti langkah seperti berikut

Rayuan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar melalui Driver App.
- ID Pesanan (Jika berkenaan)
- Bukti berkaitan (Gambar bukti penghantaran / Tangkapan skrin perbualan/ Tangkapan skrin Waze/Map yang menunjukkan anda sampai di lokasi pembeli)
Sila tunggu notifikasi di Driver App mengenai keputusan rayuan anda dalam masa 3-5 hari bekerja.
*Sila ambil perhatian bahawa rayuan hanya boleh dibuat dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja selepas anda menerima pemberitahuan penggantungan akaun anda.
Dikemas kini pada 24 April 2026