Hi, how can we help?

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Bagaimana cara untuk saya membeli Peralatan Asas secara atas talian?

Bahasa Malaysia | English

PENTING:
Pembelian peralatan asas secara atas talian buat masa kini hanya terhad kepada Rakan Penghantar:

 

  • Lembah Klang
  • Johor Bahru
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Perak
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Sarawak
  • Pahang
  • Terengganu

 

Langkah-langkah pembelian peralatan asas adalah seperti dibawah:

 

 

1) Sila pastikan bahawa anda telah menerima mesej Whatsapp yang menyatakan anda perlu meneruskan proses pembelian peralatan.

 

 

 

2) Klik pada pautan yang diberikan (https://bit.ly/SFDriverFullSet) untuk terus ke Laman Rasmi ShopeeFood di Aplikasi Shopee bagi pembelian peralatan.

 

 

 

3) Pilih saiz baju uniform dan klik pada butang ‘Beli Sekarang’

*Pastikan saiz baju uniform yang dipilih adalah betul, kerana proses penukaran saiz adalah tidak dibenarkan selepas pembayaran dilakukan.

 

 

 

 

4) Klik di bahagian Mesej dan masukkan Driver ID anda. Sila pastikan bahawa Driver ID anda adalah tepat sebelum membuat pembayaran. Pesanan anda akan dibatalkan jika Driver ID anda didapati salah.

 

 

 

5) Sila pastikan alamat penghantaran adalah tepat & betul bagi memastikan peralatan asas yang dipesan tiba kepada anda dengan selamat.

 

 

 

6) Klik pada ‘Membuat Pesanan’ untuk terus ke laman pembayaran dan membuat bayaran.

 

Klik pada pautan ini (https://bit.ly/online_bag_purchase) untuk video panduan pembelian peralatan Atas Talian Rakan Penghantar Penang.

 

 

 

 

Soalan Lazim

 

(1) Berapa hari yang akan diambil untuk saya menerima pesanan Peralatan Asas Rakan Penghantar ShopeeFood?

Proses penghantaran akan mengambil masa 4-5 hari bekerja.

(2) Dimanakah saya boleh mencari Driver ID saya?

Driver ID boleh didapati di dalam aplikasi Driver anda. Sila tonton video panduan dalam laman ShopeeFoodMY_officialstore untuk maklumat lanjut.

(3) Apakah yang perlu saya beli di ShopeeFoodMY_officialstore jika saya masih belum diaktifkan lagi?

Anda harus membeli Set Lengkap (Beg Penghantaran + Beg Termal + 2x T-shirt) rasmi ShopeeFood yang berharga RM150.

 

(4) Apa yang akan berlaku jika saya tidak memasukkan Driver ID atau memasukkan Driver ID yang salah?

Pesanan anda akan dibatalkan, dan anda akan diminta untuk membuat pesanan baru.

(5) Adakah saya (Rakan Penghantar) dibenarkan untuk membuat pembelian secara atas talian melalui ShopeeFoodMY_officialstore?

Ya, boleh. Walaubagaimanapun, Set Lengkap (Beg Penghantaran + Beg Termal + 2x T-shirt) hanya dibenarkan untuk Rakan Penghantar yang baru berdaftar sahaja (Untuk negeri Penang sahaja). Jualan peralatan tunggal adalah terbuka kepada semua Rakan Penghantar ShopeeFood Malaysia yang berdaftar.

Was this article helpful?
Yes
No