Bahasa Malaysia | English
Proses menjalankan pesanan secara Cash-On-Delivery (COD) adalah terbuka kepada semua Rakan Penghantar ShopeeFood Malaysia. Berikut adalah langkah-langkah untuk anda menjalankan pesanan COD.
Soalan Lazim
1) Berapakah jumlah baki minimum yang perlu ada dalam Driver Wallet untuk menerima pesanan COD?
Anda digalakkan untuk mempunyai baki sekurang-kurangnya RM100 untuk memastikan anda mendapat lebih banyak pesanan.
2) Adakah saya harus mendepositkan wang tunai yang dikumpul daripada pelanggan ke akaun bank Shopee?
Tidak, bayaran kepada pihak restoran akan ditolak daripada Driver Wallet anda. Wang tunai yang anda terima adalah hak anda sepenuhnya.
3) Adakah saya perlu membayar pihak vendor atau restoran dahulu apabila saya mengambil pesanan COD?
Tidak, anda tidak perlu membayar pihak vendor. Anda hanya perlu mengambil pesanan daripada restoran seperti biasa dan kumpul wang tunai daripada pihak pelanggan untuk pesanan COD semasa penurunan pesanan (Drop Off).
4) Adakah pesanan COD dan pesanan biasa akan bercampur dalam situasi Stacked / Grouped Order?
Ya, pesanan biasa dan pesanan COD mampu bercampur dalam situasi Stacked / Grouped Order.
5) Adakah saya perlu menyediakan wang kecil ketika melakukan pesanan COD?
Ya, anda disarankan untuk menyediakan wang kecil (floating cash) sebagai wang baki jika pelanggan memberi jumlah wang yang lebih besar daripada bayaran sepatutnya.
6) Bagaimana bayaran upah penghantaran saya dibayar jika saya melakukan pesanan COD?
Bayaran upah penghantaran anda akan dibayar seperti biasa, iaitu dikreditkan ke dalam Driver Wallet anda.
7) Apakah yang saya perlu lakukan jika pihak pelanggan tidak dapat dihubungi (untuk pesanan COD)?
Jika pelanggan tidak dapat dihubungi dan anda sudah menunggu di lokasi penurunan yang tepat lebih daripada 5 minit, sila hubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood melalui chat atau email untuk bantuan selanjutnya.
8) Jika pesanan COD tersebut dibatalkan oleh pihak pelanggan dan wang tunai masih belum diambil, berapa lamakah masa yang akan diambil untuk proses pemulangan advanced deposit saya?
Advanced deposit tersebut akan dikembalikan ke Driver Wallet anda dalam tempoh masa 5 hari bekerja selepas pengesahan kes pembatalan tersebut. Sila pastikan anda menghubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood melalui chat atau email apabila berhadapan dengan isu pembatalan pesanan atau isu-isu berkaitan dengan pesanan melibatkan COD.
Jika anda menghadapi sebarang masalah mengenai pesanan COD, sila hubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood melalui chat di saluran yang ada di bahagian bawah halaman ini.