Bahasa Malaysia | English
LEMBARAN PENERANGAN PRODUK Sila baca Lembaran Penerangan Produk ini sebelum anda membuka akaun e-wallet dengan ShopeePay. Pastikan juga anda membaca dan memahami Terma dan Syarat ShopeePay. | |
Produk ini berkaitan apa? | |
ShopeePay adalah servis e-wallet yang ditawarkan oleh ShopeePay Malaysia Sdn. Bhd. yang membolehkan pengguna menyimpan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan menggunakannya untuk melakukan transaksi pembayaran dengan fungsi di bawah: (a) tambah nilai; (b) keluarkan duit; (c) pemindahan dana; (d) permintaan dana; (e) pembayaran QR; dan (f) pembayaran semasa checkout. | |
Apakah terma utama produk ini? / Apakah tanggungjawab saya? | |
1. Anda boleh mengakses dan menggunakan ShopeePay melalui aplikasi Shopee atau aplikasi ShopeePay dengan memuat turunnya daripada Apple App Store atau Google Play Store pada peranti mudah alih anda. 2. Peranti mudah alih anda mesti memenuhi keperluan minimum sistem operasi untuk memastikan aplikasi berfungsi sepenuhnya. 3. Produk ini tidak menyokong peranti yang telah diubah suai secara haram (contohnya, peranti yang telah ‘jailbreak’ atau ‘rooted’) atau diubah dalam apa jua cara. 4. Untuk mendaftar akaun ShopeePay, anda perlu memberikan maklumat peribadi termasuk nama penuh, jenis dan nombor pengenalan, serta mencipta PIN 6-digit. PIN ini mungkin digunakan untuk tujuan pengesahan semasa mengakses ciri ShopeePay. 5. Anda mesti melindungi PIN 6-digit anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mengelakkan kehilangan, kecurian atau pendedahan tanpa kebenaran. 6. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun ShopeePay anda dan anda hendaklah memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya terdapat penggunaan tanpa kebenaran terhadap akaun anda. 7. Jika anda terlupa PIN anda, anda boleh menetapkannya semula dengan memasukkan nombor pengenalan atau menjalani proses pengesahan wajah. 8. Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda mengikut budi bicara kami jika didapati akaun tersebut dikaitkan dengan tingkah laku yang tidak wajar, melanggar undang-undang atau melanggar terma penggunaan kami. 9. Pengguna yang mendaftar akaun ShopeePay sebelum 10 Februari 2025 hanya boleh mengekalkan baki dompet maksimum sehingga RM2,999 tanpa pengesahan tambahan. 10. Setelah akaun anda ditetapkan, anda boleh terus melakukan transaksi pembayaran. 11. Sekiranya anda ingin meningkatkan had akaun untuk menyimpan maksimum RM9,999, anda perlu melengkapkan proses pengesahan elektronik ‘Know-Your-Customer’ (e-KYC) seperti yang dinyatakan dalam platform ShopeePay. 12. Had transaksi ShopeePay anda bergantung kepada status pengesahan akaun anda. Had maksimum transaksi adalah seperti berikut: Untuk akaun belum disahkan (didaftar sebelum 10 Februari 2025): Untuk akaun yang telah disahkan: Had ini termasuk dana masuk seperti tambah nilai dan pemulangan wang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Terma Perkhidmatan dan Soalan Lazim kami. 13. Anda bersetuju bahawa dana dalam akaun ShopeePay anda boleh dikategorikan sebagai boleh dipindah dan tidak boleh dipindah. Anda juga bersetuju untuk menyemak jenis baki yang akan dikategorikan semasa tambah nilai dibuat bagi memastikan ia sesuai dengan tujuan penggunaan anda (contohnya, pemindahan, pembayaran, pengeluaran). ShopeePay tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang had penggunaan berdasarkan jenis baki setelah dana ditambah. | |
Apakah caj dan bayaran yang akan dikenakan? | |
Pada masa ini kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menambah nilai akaun atau pengeluaran dana daripada akaun anda kepada akaun bank anda melalui perbankan dalam talian. Walau bagaimanapun, kami berhak mengenakan bayaran untuk penggunaan servis e-duit pada masa hadapan dan akan menolak bayaran yang berkaitan daripada akaun anda secara automatik sekiranya berlaku hal sedemikian. | |
Apakah risiko-risiko utama? | |
Sekiranya berlaku mana-mana yang berikut: (a) anda telah terlupa nama pengguna anda dan kata laluan; (b) anda telah kehilangan peranti mudah alih anda; (c) akaun anda telah diakses oleh pihak ketiga; atau (d) anda mengetahui tentang transaksi mencurigakan yang dibuat daripada pihak ketiga,
anda hendaklah segera memaklumkan kepada kami sebaik sahaja menyedari bahawa anda atau akaun anda terdedah kepada risiko-risiko seperti di atas, dengan menghubungi kami melalui saluran yang disenaraikan di bahagian bawah halaman ini. Bagi memastikan keselamatan anda, ShopeePay tidak memerlukan anda memberikan maklumat peribadi untuk mengakses maklumat produk. Semua maklumat produk didedahkan melalui saluran digital rasmi dan selamat di platform Shopee dan ShopeePay bagi melindungi pengguna daripada risiko phishing, penipuan dan kecurian identiti.
| |
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran perhubungan? | |
Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan pada maklumat hubungan anda bagi memastikan semua makluman sampai kepada anda tepat pada masanya. Anda boleh memaklumkan perubahan maklumat ini dengan menghubungi kami melalui saluran yang disenaraikan di bahagian bawah halaman ini.
| |
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut? | |
Sila hubungi kami melalui: (a) fungsi maklum balas yang terdapat di dalam tetapan di aplikasi Shopee; (b) saluran yang ada di bahagian bawah halaman ini. |
Maklumat yang disediakan dalam lembaran penerangan produk ini sah bermula Jun 2025.