Hi, how can we help?

[ShopeeFood Rakan Penghantar] Bagaimana model pembahagian peringkat (Tiering) Rakan Penghantar ShopeeFood berfungsi?

Bahasa Malaysia | English

Model Pemeringkatan (Tiering) akan membahagikan kumpulan Rakan Penghantar kepada beberapa kategori. Model ini berkuatkuasa pada semua Rakan Penghantar ShopeeFood yang berdaftar dengan ShopeeFood.

 

Kategori anda akan ditentukan mengikut faktor-faktor di bawah:

 

Kategori Rakan Penghantar

 

Bagaimana untuk melihat “Tier” anda?

 

Sila rujuk rajah di bawah untuk contoh tangkapan skrin di bahagian sistem tiering dan di mana anda dapat mencari maklumatnya.

 

Rajah di bawah menunjukkan maklumat tambahan di mana anda boleh merujuk soalan lazim berkaitan dengan sistem pemeringkatan.

 

Rajah di bawah menunjukkan maklumat tambahan di mana anda boleh lebih memahami ciri-ciri “Tiering”.

 

1) Mengapa Tier saya tak naik?

 

Situasi : Azzam berada di kategori Pro, kadar penyelesaian adalah 95%, dan rating Driver adalah 4.9, mengapakah kategori Azzam masih tidak naik ke Supreme?

 

Jawapan: Walaupun Azzam memenuhi segala kriteria ‘Rating’, Azzam berkemungkinan tidak mencapai jumlah pesanan yang sepatutnya untuk naik ke kategori Supreme.

 

2) Mengapa Tier saya turun?

 

Situasi: Jeremy berada di kategori Supreme pada minggu ini, jumlah pesanan yang dilengkapkan pun mencukupi kriteria. Tetapi, tier Jeremy turun ke Basic pada minggu seterusnya.

 

Jawapan: Dalam situasi ini, berkemungkinan besar bahawa Driver Rating Jeremy telah jatuh di bawah 4.9 atau/dan kadar penyelesaian pesanan jatuh dibawah 95% semasa minggu tersebut. Jeremy harus meningkatkan ratingnya dan memenuhi kriteria yang tertentu untuk berubah ke tier yang lebih tinggi.

 

3) Bolehkah saya Lompat Tier?

 

Situasi: Raja berada di kategori Basic minggu ini dengan rating Driver 5.0, kadar penyelesaian dan penerimaan 95%. Pada minggu berikutnya, Raja mendapati bahawa Tier-nya telah berada di kategori Supreme. Apa yang menyebabkan Raja melangkah kategori Pro dan terus ke Supreme?

 

Jawapan: Ya. Raja berada di tier Supreme pada minggu berikutnya kerana Raja telah mencukupi kriteria jumlah pesanan tier Supreme pada minggu sebelumnya. Kriteria jumlah pesanan adalah berlainan mengikut negeri dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

 

4) Mengapa tier saya tidak naik walaupun saya telah memenuhi kriteria?

 

Jawapan: Tier baru anda akan dipamerkan setiap isnin secara mingguan. Jika anda menghadapi masalah dengan tier anda, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat.

Was this article helpful?
Yes
No