Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

[Nasihat Berkaitan Scam] Apakah penipuan pekerjaan sambilan?

English | Bahasa Malaysia


Penipuan pekerjaan sambilan ialah penipuan di mana scammer akan menyamar sebagai staf dan pihak yang berkaitan dengan Shopee. Scammer akan menggunakan SMS, mesej Whatsapp atau media sosial untuk mempromosikan pekerjaan sambilan atau pekerjaan berasaskan komisen.


Apakah modus operandi penipuan pekerjaan sambilan?



Mangsa akan diminta untuk membuat pembelian di kedai-kedai tertentu dan akan dijanjikan bayar balik berserta komisen. Pada mulanya, scammer akan membayar balik untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.


Scammer juga akan turut menyamar sebagai pengguna biasa dan menunjukkan bukti bayaran balik dan komisen yang palsu untuk memperdayakan mangsa.



Walau bagaimanapun, mangsa tidak akan dibayar balik apabila mereka membeli barang yang mahal dan hal ini akan menyebabkan kerugian kepada mangsa.


Bagaimanakah cara untuk kenali penipuan pekerjaan sambilan?


Anda harus berhati-hati dengan perkara berikut agar anda tidak menjadi mangsa penipuan:


1. Pelawaan untuk bekerja dengan Shopee melalui saluran tidak rasmi



Shopee hanya akan memberikan maklumat atau menghubungi pengguna melalui:


  1. Aplikasi Shopee
  2. Saluran mesej atau media sosial yang sah (cari ikon ✅)
  3. E-mel yang berakhir dengan shopee.com
  4. Pekerjaan rasmi daripada Shopee hanya akan dipaparkan di careers.shopee.my



2. Penggunaan platform pekerjaan dan/atau URL yang mencurigakan



Pekerjaan yang ditawarkan oleh Shopee dan jawatan yang berkaitan hanya akan diproses melalui platform rasmi dan emel daripada staf kami. Jika anda mendapati penggunaan platform pekerjaan dan/atau URL yang mencurigakan, kemungkinan besar itu adalah satu penipuan. Anda boleh hubungi kami melalui saluran yang ada di bahagian bawah halaman ini untuk pengesahan seterusnya.


💡 Tip:

• Jika anda mengesyaki akaun Shopee anda telah dikompromi, hubungi Khidmat Pelanggan Shopee menggunakan saluran yang ada di bahagian bawah halaman ini untuk bantuan selanjutnya

• Ketahui cara untuk melindungi diri anda daripada scam agar anda tidak menjadi mangsa!

Was this article helpful?
Yes
No