Hi, how can we help?

[Mobile Care] Soalan Lazim Mobile Care

Bahasa Malaysia |  English 

 

1. Apakah itu Mobile Care?

Mobile Care memberikan perlindungan untuk telefon bimbit daripada kerosakan fizikal dan cecair yang tidak disengajakan selama 12 bulan.

 

2. Berapakah harga Mobile Care untuk telefon bimbit?

Harga Mobile Care adalah berbeza mengikut harga telefon bimbit yang dibeli dalam platform Shopee. Anda boleh lihat harga di halaman checkout apabila telefon mudah yang layak untuk perkhidmatan ini dibeli.

 

3. Apakah yang dilindungi oleh perkhidmatan ini?

Anda boleh membuat sebanyak dua (2) permintaan servis bagi kos pembaikan akibat kerosakan tidak sengaja dan kerosakan akibat cecair dalam tempoh Perkhidmatan, tertakluk kepada jumlah maksimum yang dilindungi (bersamaan dengan harga pembelian). 

 

4. Apakah perkara yang tidak dilindungi oleh perkhidmatan ini?

Sila rujuk kepada “General Exclusions” dalam Terma & Syarat dengan mengklik ‘Learn More’ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

5. Adakah had masa untuk membuat permintaan servis? 

Ya, permintaan servis perlu dihantar selewat-lewatnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kejadian yang menyebabkan kerosakan tidak sengaja pada telefon bimbit. 

 

6. Bagaimanakah cara untuk menambah Mobile Care pada pembelian saya?

Mobile Care akan dipilih secara automatik apabila anda membeli telefon mudah alih yang layak mendapat perlindungan. Untuk tidak menyertai perkhidmatan ini, hanya nyahpilih kotak pilihan Mobile Care pada halaman pembayaran.

 

7. Bagaimanakah saya boleh menyahpilih Mobile Care semasa pembayaran?

Pada halaman pembayaran, pengguna boleh menyahtanda pilihan Mobile Care untuk mengeluarkannya daripada troli.

 

 

8. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar permintaan servis bagi Mobile Care? 

Langkah 1: Pergi ke halaman Butiran Program Servis, pilih ‘Permintaan Servis’ untuk memulakan permintaan servis. 

Langkah 2: Laporkan dan hantar permintaan anda dengan segera selepas kejadian berlaku. 

Langkah 3: Isikan butiran yang diperlukan dan sertakan gambar telefon bimbit yang rosak bersama nombor IMEI. 

Langkah 4: Pilih lokasi pembaikan yang diingini – negeri dan bandar. 

Langkah 5: Pastikan anda melengkapkan penghantaran awal dengan semua maklumat asas yang diperlukan. 

Langkah 6: Semak maklumat dan hantar permintaan servis. 

Langkah 7: Kedai pembaikan Igloo atau pusat servis yang berdekatan dengan lokasi pilihan anda akan dicadangkan.

Langkah 8: Hantar telefon bimbit yang rosak ke salah satu kedai pembaikan atau pusat servis yang disenaraikan untuk dibaiki.

Langkah 9: Untuk kedai pembaikan Igloo - Anda tidak perlu membayar kos pembaikan selagi ia berada dalam had maksimum Mobile Care. Anda hanya perlu membayar jumlah potongan dan lebihan (jika berkenaan).

Langkah 10: Untuk pusat servis atau kedai pembaikan lain - Anda perlu membayar kos pembaikan terlebih dahulu dan membuat tuntutan bayaran balik. Setelah pembaikan selesai, sila serahkan maklumat pembaikan di laman yang sama dan berikan butiran pembaikan (iaitu gambar telefon bimbit yang telah dibaiki beserta nombor IMEI, resit pembaikan, jumlah kos pembaikan) serta butiran akaun bank untuk mendapatkan bayaran balik dalam tempoh tujuh (7) hingga sepuluh (10) hari.

 

Nota:

Semua permintaan servis akan disemak dan dinilai oleh Penyedia Servis. Jika dokumen tambahan diperlukan, anda akan dimaklumkan. Sila muat naik dokumen tersebut dalam tempoh yang dinyatakan bagi mengelakkan sebarang kelewatan. 

 

Tahap Perkhidmatan Pengendalian Permintaan Servis  

Activiti

Tempoh Masa

Penghantaran permintaan servis 

Tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kejadian yang menyebabkan kerosakan tidak sengaja atau kerosakan akibat cecair pada telefon bimbit.

Pembaikan telefon bimbit oleh kedai pembaikan atau pusat servis 

 

Janji temu: Satu (1) hari
Walk-in (tertakluk kepada ketersediaan alat ganti): Tujuh (7) hari.

 

Pembayaran permintaan servis (jika berkenaan)

Tujuh (7) hingga sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permintaan diluluskan.

 

 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied