Hi, how can we help?

Returns & Refunds

Raising requests
Resolution
Disputes

[Pulangan Bayaran Balik] Bagaimanakah cara untuk memulangkan item yang salah/rosak/ubah fikiran setelah permohonan pulangan disahkan?

English | Bahasa Malaysia

 

Bagaimanakah cara untuk menghantar bungkusan pulangan saya?

 

Setelah permohonan pulangan anda diluluskan, anda dikehendaki memilih kaedah penghantaran pulangan yang anda inginkan dalam masa 2 hari dan memulangkan item kepada penjual dalam masa 5 hari berikutnya. 

 

1. Kaedah drop off (penyerahan)

 

Anda boleh memulangkan bungkusan anda dengan mudah dengan menghantarnya ke mana-mana rakan logistik Shopee Free Return iaitu SPX Express, J&T Express atau PosLaju. Rujuk proses pulangan bagi kaedah ini di bawah.

 

  1. Proses pulangan untuk SPX Express
  2. Proses pulangan untuk PosLaju
  3. Proses pulangan untuk J&T Express
 
Rujuk senarai lokasi drop off point (penyerahan) untuk mencari hab yang terdekat dengan anda.

 

2. Kaedah pick up (kutipan)

 

Anda boleh memilih untuk memulangkan bungkusan anda dengan membuat permohonan pick up (kutipan) dengan SPX Express dan J&T Cargo pada masa dan alamat yang diingini secara percuma! Rujuk proses pulangan untuk kaedah ini di bawah.

 

  1. Proses pulangan untuk J&T Cargo
  2. Proses pulangan untuk SPX Express

 

⚠️Nota:

 

  • Untuk J&T Cargo, bungkusan mesti mempunyai berat minimum 30kg dan maksimum 500kg manakala untuk SPX Express, parcel mesti 20kg atau kurang untuk diambil. Hanya tersedia di Semenanjung Malaysia sahaja.

 

3. Kaedah self arrange

 

Anda boleh mengatur sendiri penghantaran pulangan bungkusan anda menggunakan pilihan mel yang boleh dikesan (dengan nombor penjejakan). Rujuk proses pulangan untuk self arrange untuk maklumate lanjut.

 

⚠️Nota:

 

  • Sila ambil perhatian bahawa anda perlu menanggung kos penghantaran pulangan untuk kaedah ini

 

Dimanakah tempat untuk saya hantar bungkusan pulangan?

 

Untuk pesanan tempatan:

 

  1. Anda perlu menghantar bungkusan pulangan anda sama ada terus ke alamat pulangan penjual atau Gudang Shopee (untuk pembelian dari Shopee Mall).
  2. Pastikan anda memilih pilihan proses pulangan anda dalam masa 2 hari dan menghantar bungkusan pulangan anda dalam masa 5 hari dari tarikh permintaan anda diluluskan, dan muat naik bukti penghantaran melalui aplikasi Shopee.
  3. Mulai 26 Disember 2023, anda boleh menukar maklumat penghantaran pulangan anda (kaedah penghantaran, alamat pengambilan, tarikh/masa pengambilan yang dijadualkan) selepas ia disahkan. Anda tidak perlu lagi membatalkan permintaan pulangan anda, membuat permintaan semula dan mengikuti langkah sebelum ini untuk ke halaman pilihan penghantaran sekali lagi.

 

Untuk tempahan luar negara:

 

  1. Pasukan Dispute Shopee akan menghubungi anda untuk memberi nasihat tentang alamat pulangan.
  2. Pastikan anda memilih pilihan pulangan anda dalam masa 2 hari dan hantar barang yang perlu dipulangkan dalam masa 5 hari. Jika tidak, permintaan pemulangan anda akan dibatalkan secara automatik dan bayaran akan dikeluarkan kepada penjual.

 

Apakah ukuran dan berat bungkusan bagi Program Pulangan Percuma (Free Buyer Return)?

 

WHAT ARE THE PARCEL DIMENS (4).png

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Case Tracker 2 .png

 

⚠️ Nota: 

 

  • Jika bungkusan anda melebihi had berat atau ukuran seperti yang ditunjukkan di atas, anda tidak boleh boleh membuat pulangan. (Rujuk proses pulangan untuk maklumat lanjut).
Was this article helpful?
Yes
No