Hi, how can we help?

Payments

Payment options
ShopeePay
SPayLater
Shopee Coins
SLoan

[ShopeePay] Bagaimana cara untuk nyahkunci (unlock) akaun ShopeePay saya?

English | Bahasa Malaysia


Jika anda memasukkan PIN yang salah ke dalam akaun ShopeePay anda sebanyak 5 kali dalam masa setengah jam, akaun akan dikunci buat sementara waktu selama 30 minit sebagai langkah keselamatan.

Setelah 30 minit, anda boleh buat pengesahan PIN semula.


⚠️ Nota penting: Jika anda memasukkan PIN yang salah selama 8 kali berturut-turut, akaun ShopeePay anda akan dikunci secara kekal. Untuk membukanya semula, anda perlu hubungi kami melalui saluran yang ada di bahagian bawah halaman ini.


Apakah yang diperlukan untuk saya nyahkunci akaun ShopeePay saya?

Sila sediakan dokumen berikut apabila anda hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk membantu anda nyahkunci akaun ShopeePay anda:


  1. Tangkapan skrin mesej ralat
  2. Tangkapan skrin bil utiliti untuk pengesahan alamat
  3. Baki Shopee Coin semasa dalam akaun Shopee anda
  4. Butiran pesanan pesanan terkini
  5. Nyatakan item/produk yang dibeli
  6. Sebutkan harga pembelian
  7. Berikan ID Pengguna


Pihak kami boleh membantu anda nyahkunci akaun ShopeePay anda dengan lebih efisien jika anda berikan maklumat di atas.

Was this article helpful?
Yes
No