Hi, how can we help?

Returns & Refunds

Raising requests
Resolution
Disputes

[Pulangan Bayaran Balik] Apakah bukti sokongan efektif yang perlu dihantar untuk permohonan pulangan/bayaran balik?

English | Bahasa Malaysia

 

Bergantung kepada sebab pulangan/bayaran balik, berikut adalah bukti sokongan efektif yang boleh anda hantar. Jika permohonan pulangan/bayaran balik anda sedang disiasat, kerjasama anda dalam menyediakan bukti yang diperlukan amat dihargai dan akan membantu kami menyelesaikan perkara ini dengan lebih berkesan. Jenis bukti yang mungkin diminta adalah:
 
  • Video proses membuka bungkusan (video penuh tanpa sebarang penyuntingan)
  • Foto/video keadaan bungkusan ketika diterima
  • Foto/video item dan masalah yang dihadapi

 

⚠️ Nota:

 

  • Untuk kes di mana barang tidak sampai, tiada bukti sokongan diperlukan
  • Shopee akan menyiasat perkara ini dengan penjual/logistik - jika bukti penghantaran yang sah atau status transit dijumpai, permintaan tersebut akan ditolak
  • Untuk barang yang hilang, pembeli akan dibayar balik

 

Bungkusan tidak dihantar (status logistik menunjukkan dihantar)
 
  • Gambar rumah dengan nombor unit
 
Di bawah adalah garis panduan untuk jenis bukti yang mungkin diminta semasa penyiasatan.

⚠️ Nota:
 
  • Beberapa bukti yang tidak disenaraikan mungkin diminta jika berkaitan dengan isu tersebut.
 
Sebab-sebab pemulangan lain (kecuali Ubah Fikiran)

Untuk semua permohonan pulangan/bayaran balik yang dikemukakan oleh anda (kecuali Ubah Fikiran), video proses membuka bungkusan ialah digalakkan. Kami menggalakkan anda untuk mengambil video proses membuka bungkusan sebaik sahaja anda menerima bungkusan anda.

Keadaan bungkusan dalam video unboxing hendaklah belum dibuka seperti yang diterima daripada kurier dan harus merupakan video berterusan dari awal hingga akhir tanpa sebarang penyuntingan.

Video unboxing yang sah hendaklah termasuk:

  • Semua sudut bungkusan yang belum dibuka
  • Resit Penghantaran Udara (Airway Bil)l yang jelas pada bungkusan
  • Semua item yang diterima dari bungkusan
 
Copy of Copy of Copy of A tracking number indicates that the seller has arranged shipment, and cancellation requires the seller's approval. (3).png
Contoh Video Unboxing Yang Sah

 

Menerima produk salah

 

Contoh bukti untuk produk yang salah.png

 

  • Gambar atau video bungkusan yang diterima dan produk yang terkandung di dalamnya
  • Tangkapan skrin produk sebenar daripada penyenaraian penjual dalam aplikasi Shopee
  • Gambar produk yang diukur menggunakan alat pengukur (dari satu hujung ke hujung yang lain) jika saiz produk salah
 
Produk hancur/pecah
 
  • Gambar atau video menunjukkan cara pembungkusan dalaman dan luaran barang
  • Gambar produk yang menunjukkan keadaan rosak
 
Cecair/isi tertumpah
 
  • Gambar atau video menunjukkan cara pembungkusan dalaman dan luaran barang
  • Gambar produk yang menunjukkan kandungan yang tumpah
 
Calar/kemek
 
  • Gambar dan/atau video menunjukkan cara pembungkusan dalaman dan luaran barang
  • Gambar produk yang menunjukkan calar/kemek
 
Kerosakan pada pembungkusan luar
Contoh bukti untuk produk yang salah (1).png

Contoh bukti untuk kerosakan pada pembungkusan luar dan jenis kerosakan lain


  • Gambar atau video produk yang menunjukkan kerosakan fizikal (contohnya retak, kecacatan)
  • Gambar atau video menunjukkan cara pembungkusan dalaman dan luaran barang

 

Bungkusan kosong

 
  • Gambar atau video produk yang menunjukkan pakej kosong yang diterima 
  • Gambar atau video menunjukkan cara pembungkusan dalaman dan luaran barang 
 
Produk tidak berfungsi
 
  • Gambar atau video menunjukkan produk tidak berfungsi seperti diingini (cth: barang elektronik yang tidak berfungsi walaupun telah disambungkan ke sumber kuasa atau selepas bateri dimasukkan)
 
Produk palsu/tiruan

 

Contoh bukti untuk produk yang salah (3).png

 

  • Gambar atau video yang menunjukkan perbandingan barang yang diterima dengan barang tulen
  • Tangkapan skrin/URL/dokumen lain untuk menunjukkan ciri produk tulen (cth: nombor siri, logo jenama, imej daripada laman web rasmi)
 
Ubah fikiran
 
Copy of Copy of Copy of A tracking number indicates that the seller has arranged shipment, and cancellation requires the seller's approval. (4).png
 
Copy of Copy of Copy of A tracking number indicates that the seller has arranged shipment, and cancellation requires the seller's approval. (5).png 
  • Gambar pakej, produk, dan pembungkusannya. 
  • Gambar produk yang menunjukkan keadaan barang yang hendak dipulangkan (barang mesti dalam keadaan tidak digunakan/disegel/boleh dipulangkan) 
  • Sila rujuk kepada Polisi Pulangan Bayaran Balik kami serta senarai produk yang tidak boleh dikembalikan melalui pulangan Ubah Fikiran
 
Kuantiti/aksesori tidak lengkap 
 
  • Gambar atau video bungkusan yang diterima dan produk yang terdapat di dalamnya
  • Gambar atau video menunjukkan cara pembungkusan dalaman dan luaran barang 
 
Produk tamat tempoh
 
Contoh bukti untuk produk yang salah (4).png
 
  • Gambar atau video menunjukkan cara pembungkusan dalaman dan luaran barang
  • Gambar produk yang menunjukkan label atau tanda-tanda keadaan produk (cth: tarikh luput, kulat) 
 
💡 Garis panduan untuk bukti:
 
  • Saiz fail: 10 MB/foto, 30 MB/video (maksimum 1 min)
  • Bukti yang jelas dan berkualiti (gambar/video dekat untuk kecacatan)
  • Bukti video disyorkan untuk pulangan produk yang rosak
  • Sertakan bukti rundingan dengan penjual, jika berkenaan
Was this article helpful?
Yes
No