Hi, how can we help?

[Pulangan Bayaran Balik] Bagaimanakah cara untuk pulangkan barang menggunakan Shopee Free Return dengan J&T Express?

English | Bahasa Malaysia

 

Anda boleh menggunakan J&T Express sebagai kurier Shopee Free Return untuk barang dengan berat 30kg ke bawah.

 

Setelah permohonan anda diterima, anda boleh pulangkan barang kepada penjual dalam masa 6 hari menggunakan Shopee Free Return dengan J&T Express tanpa sebarang kos penghantaran!

 

💡 Tip:

 

 
Untuk rujukan anda, anda boleh melihat senarai cawangan J&T Express untuk melihat hab yang paling terdekat dengan anda. 

 

Berikut adalah cara untuk menikmati Pemulangan Percuma dengan J&T Express: 

 

1. Buat permohonan dalam aplikasi 📱

 

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Case Tracker 2  (1).gif

 

Langkah 1: Pergi ke tab Saya

Langkah 2: Klik pada Untuk Diterima

Langkah 3: Pilih pesanan yang anda ingin mohon untuk Pulangan/Bayaran Balik

Langkah 4: Klik pada butang Permohonan Pulangan/Bayaran Balik

Langkah 5: Pilih Sebab untuk permohonan anda

Langkah 6: Isi Bahagian Penerangan

Langkah 7: Klik pada Hantar

Langkah 8: Pilih Penyerahan

Langkah 9: Pilih J&T Express (Free Return)

Langkah 10: Klik pada Sah

Langkah 11: Cetak dan tampal Label Pulangan pada bungkusan

 

2. Bungkus produk anda 📦

 

Pastikan anda bungkus produk anda dalam bungkusan asal sebelum anda menghantarnya. Ini termasuk kotak (jika ada) atau bungkusan tambahan yang akan melindungi produk tersebut.

 

3. Serahkan bungkusan 📄

 

Serah bungkusan di cawangan J&T Express terdekat sebelum tarikh tutup.

 

Tunjukkan Kod Bar yang dijana kepada petugas di pusat serahan dan mereka akan membantu anda mencetak bil udara pemulangan (AWB).

 

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Case Tracker 2  (3).png

Contoh AWB pulangan dengan kod bar dan nombor penjejakan

 

 

Kakitangan J&T Express akan membantu anda menampal AWB pulangan pada bungkusan anda.

 

⚠️ Nota:

 

  • Anda mesti pulangkan barang kepada penjual dalam masa yang ditetapkan
  • Sila pastikan anda memilih pilihan pemulangan dalam tempoh masa 2 hari dan pergi ke cawangan yang dinyatakan dalam masa 3 hari
  • Setelah bungkusan pulangan sampai kepada penjual, mereka akan menilai keadaan barang
  • Penjual akan menentukan untuk menerima atau menolak bungkusan yang dipulangkan
  • Jika pertikaian timbul, pasukan Dispute Shopee akan menjadi pengantara
  • Bayaran balik akan diproses serta-merta jika permintaan anda diluluskan, tertakluk pada tempoh masa bayaran balik untuk kaedah pembayaran anda
  • Semua pihak yang berkenaan (pembeli, penjual, agen dispute) boleh menjejaki bungkusan menggunakan aplikasi
Was this article helpful?
Yes
No