Hi, how can we help?

[Pulangan Bayaran Balik] Bagaimanakah cara untuk pulangkan barang menggunakan Shopee Free Return dengan J&T Cargo?

BM |  EN 

 

Mulai 4 Disember 2025, anda boleh menggunakan J&T Cargo sebagai kurier Shopee Free Return untuk barangan yang mempunyai berat sehingga 80kg.

Setelah permohonan anda diterima, anda boleh pulangkan barang kepada penjual dalam masa 6 hari menggunakan Shopee Free Return dengan J&T Cargo tanpa sebarang kos penghantaran!

 

💡 Tip:

 

Apakah proses pulangan bagi Shopee Free Return dengan J&T Cargo?

 

1. Buat permohonan dalam aplikasi dan cetak label pulangan

 

Langkah 1: Pergi ke tab ‘Saya’ dan tekan ‘Pembelian Saya’. Tekan ‘Pulangan Bayaran Balik’ dan pilih pesanan anda

Langkah 2: Tekan 'Pilih Pilihan Penghantaran’. Tekan ‘Pengambilan’ dan tekan ‘Hantar’

Langkah 3: Pada halaman butiran pulangan/bayaran balik, anda boleh cetak label pulangan melalui emel atau muat turun

 

💡 Tip: Jika anda belum lagi melakukannya, anda boleh mengesahkan alamat e-mel dengan mengunjungi 'Tetapan Akaun'

 

2. Jana nombor jejakan dan tunggu bungkusan anda untuk diambil

 

Setelah menekan ‘Hantar’, nombor jejakan akan dijana. J&T Cargo akan mengambil bungkusan daripada alamat pengambilan pembeli pada masa pengambilan yang dipilih.

 

💡 Tip: Ketahui senarai barang berbahaya dan barang terlarang J&T Cargo.

 

⚠️ Nota penting:

 

  • Semua pihak yang berkenaan (pembeli, penjual, agen dispute) boleh menjejaki bungkusan menggunakan aplikasi
  • Penjual diberikan 5 hari untuk menilai keadaan barang dan membuat keputusan tentang pulangan
  • Jika pertikaian timbul, pasukan Dispute Shopee akan menjadi pengantara
  • Bayaran balik akan diproses serta-merta jika permintaan anda diluluskan, tertakluk pada tempoh masa bayaran balik kaedah pembayaran anda

 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied