Hi, how can we help?

[Pulangan Bayaran Balik] Apakah yang patut saya lakukan jika saya tidak menerima pesanan tetapi status penghantaran menunjukkan “Dihantar”?

Bahasa Malaysia |  English 

 

Jika anda belum menerima pesanan tetapi status penghantaran menunjukkan “Dihantar”, sila ikuti langkah berikut:

 

Langkah 1: Periksa dengan keluarga dan jiran

 

  • Tanya keluarga dan jiran anda jika mereka telah menerima bungkusan bagi pihak anda.
  • Periksa lokasi tempat penghantaran seperti peti mel atau rak kasut sebelum memohon bayaran balik.
  • Anda juga boleh menyemak Bukti Penghantaran dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan di sini.

 

Langkah 2: Hubungi penjual atau kurier

 

  • Hubungi kurier atau rakan logistik untuk maklumat bungkusan.
  • Jika penghantaran dibuat oleh pihak penjual, hubungi penjual melalui Shopee Chat.

 

Langkah 3: Buat permohonan bayaran balik

 

  • Anda boleh buat permohonan bayaran balik untuk pesanan yang tidak sampai jika ia masih dalam tempoh masa Shopee Guarantee. Untuk memohon bayaran balik

 

⚠️ Nota penting:

  • Untuk kes di mana barang tidak sampai, tiada bukti diperlukan dan penyelesaian akan diletakkan sebagai “Bayaran Balik sahaja” secara automatik
  • Shopee akan menyemak kes seperti ini dan akan memaklumkan penyelesaian kepada anda
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied