Bahasa Malaysia | English
Shopee akan menyiasat kes pertikaian dan membuat penyelesaian secara adil berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh pembeli dan penjual.
Siasatan pertikaian akan mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja dari tarikh pertikaian dibuat oleh salah satu pihak. Untuk kes pertikaian, pembeli dan penjual perlu menghantar bukti untuk membantu siasatan kami. Untuk mengetahui bukti efektif yang boleh anda hantar untuk kes pertikaian anda, rujuk di sini.
Bagaimanakah saya akan mengetahui sama ada pertikaian saya telah diselesaikan?
Setelah kes mencapai keputusan, pasukan pertikaian kami akan memaklumkan status kes kepada Pembeli dan Penjual melalui ruangan sembang perbincangan (Discussion Chat).
Bayaran akan dikembalikan kepada Pembeli sekiranya permohonan bayaran balik berjaya. Jika permohonan bayaran balik tidak berjaya, tempoh Jaminan Shopee (Shopee Guarantee) bagi pesanan tersebut akan diteruskan dan Penjual akan menerima bayaran setelah tempoh Jaminan Shopee tamat.
💡 Tip: Penjual dan Pembeli disarankan untuk sentiasa memantau ruangan sembang perbincangan (Discussion Chat) bagi kes tersebut sekiranya ejen pertikaian memerlukan penjelasan lanjut mengenai bukti yang dikemukakan atau memerlukan bukti tambahan.