Hi, how can we help?

[Pulangan Shopee Mall] Apakah kriteria yang digunakan oleh Shopee untuk menyemak produk yang dipulangkan?

Bahasa Malaysia |  English 

 

Shopee akan menyemak keadaan produk yang dipulangkan sambil mengambil kira bukti yang dihantar. Bergantung kepada sebab pulangan/bayaran balik, kriteria yang kami gunakan adalah seperti berikut:

 

Sebab

Kriteria

Produk salah

 

Shopee akan menyemak produk berdasarkan penyenaraian penjual untuk mengesahkan bahawa produk yang salah telah dihantar (cth. salah saiz/warna, produk yang berbeza).

Produk rosak/pecah

 

Shopee akan menyemak kerosakan fizikal pada produk (cth. penyek, calar, retak), pembungkusan produk dan pembungkusan asal bungkusan (jika ada).

Produk tidak berfungsi

Shopee akan mengaturkan pemeriksaan peranti/produk untuk mengesahkan bahawa produk tidak berfungsi atau tidak berfungsi seperti yang dimaksudkan.

Produk palsu/tiruan

Shopee akan mengesahkan ketulenan produk.

Barang Tidak Muat (salah saiz)

Shopee akan menyemak sama ada item tersebut layak untuk dipulangkan. Rujuk di sini untuk senarai terperinci produk yang layak.

Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal / masih belum dibuka

Shopee akan menyemak sama ada barang layak untuk dipulangkan dan barang dipulangkan dalam keadaan asal yang diterima.

Bungkusan Kosong/Meragukan

Shopee akan menyemak kerosakan fizikal pada bungkusan (cth. koyak, tanda pembungkusan semula, pita selofan berganda, dll.) dan nota konsainan pada bungkusan itu.

Produk Tamat Tempoh

Shopee akan menyemak tarikh luput atau tarikh pembuatan yang dinyatakan pada produk.

 

⚠️ Nota penting: Semua produk yang dipulangkan (kecuali produk yang tidak lengkap/hilang) mesti dikembalikan dengan tag dan label asal bersama dengan hadiah percuma dan aksesori asal yang disertakan.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied