English | Bahasa Malaysia
Penjual boleh menolak permohonan pembatalan anda jika anda memohon selepas penjual memproses pesanan dengan mengemaskini nombor penjejakan. Apabila hal ini berlaku, pesanan akan dihantar seperti biasa.
Jika penjual menolak permohonan pembatalan anda atau jika anda menarik balik permohonan, anda tidak boleh memohon sekali lagi. Kami mengesyorkan anda memaklumkan kepada penjual tentang sebab anda ingin membatalkan pesanan agar penjual boleh membatalkan bagi pihak anda.
Apakah yang berlaku jika saya membatalkan pesanan sebelum penjual memprosesnya?
Jika anda memohon untuk membatalkan pesanan sebelum penjual memproses pesanan atau menjana nombor penjejakan, permohonan pembatalan akan diterima dengan serta-merta dan tidak akan memerlukan kelulusan penjual.
Setelah permohonan pembatalan diluluskan atau dibatalkan serta-merta, bayaran balik akan dibayar kepada anda (jangka masa bayaran balik akan bergantung kepada kaedah pembayaran).
💡 Tip: Sebarang pesanan yang tidak dibayar sepenuhnya boleh dibatalkan serta-merta dan jumlah yang dibayar akan dibayar balik ke ShopeePay anda dengan serta-merta. Penjual juga boleh membatalkan pesanan anda. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.