Hi, how can we help?

[Pulangan Bayaran Balik] Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menerima bungkusan yang koyak/rosak?

English | Bahasa Malaysia

 

Apabila menerima bungkusan yang rosak, pembeli boleh membantu mengenal pasti sekiranya:

1. Pembungkusan luaran barang nampak rosak

 

  1. Tanya kurier jika mereka boleh menunggu sementara anda memeriksa keadaan produk.
  2. Jika kurier bersetuju, periksa produk dan jangan terima bungkusan jika ia rosak.
  3. Anda perlu mengambil gambar bungkusan itu untuk tujuan tuntutan kemudian.

 

💡 Tip: Apabila anda memohon bayaran balik, pilih sebab ‘Tidak menerima pesanan’ kerana anda telah menolak bungkusan tersebut.

 

2. Produk rosak selepas kurier sudah pergi

 

  1. Laporkan kes dalam masa 24 jam selepas anda menerima bungkusan dan Shopee akan menangguh pembayaran sehingga kes itu diselesaikan.
  2. Apabila anda memohon bayaran balik, pilih sebab ‘Menerima produk dengan kerosakan fizikal’ dan berikan gambar pembungkusan luaran dan barang yang rosak sebagai bukti sokongan.
  3. Selepas menghantar permohonan pulangan/bayaran balik anda, hubungi penjual melalui chat dan kongsi gambar pembungkusan luaran dan produk yang rosak.

 

💡 Tip: Jika penjual bersetuju untuk membayar balik, kami akan mengembalikan jumlah tersebut kepada pembeli. Jika penjual menolak bayaran balik, Pasukan Pertikaian akan menghubungi anda untuk mendapatkan bukti. Pastikan anda telah mengambil foto dan video pembungkusan dan produk yang rosak.

 

⚠️ Nota penting: Jangan klik ‘Pesanan Diterima’ sehingga anda memeriksa semua produk dalam bungkusan dan anda berpuas hati dengan keadaan produk. Untuk bantuan lanjut, hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.

Di bawah adalah kod sub-sebab yang anda boleh kemukakan berdasarkan keadaan kerosakan item yang diterima:

 

1) Produk pecah/retak - Produk pecah/retak apabila produk yang diterima pecah menjadi kepingan akibat hentakan. Contoh produk adalah kaca atau seramik.

 

 Bukti yang diperlukan:

  • Foto bungkusan, produk, dan pembungkusan dalaman dan luaran

  • Foto produk yang menunjukkan keadaan rosak

 

2) Cecair/isi tumpah - Apabila produk yang diterima tumpah atau bocor sehingga menyebabkan produk tidak boleh digunakan lagi dan potensi kerosakan kepada barang-barang sekitarnya. Ini boleh disebabkan oleh pembungkusan yang tidak betul, atau pengendalian yang kasar semasa pengangkutan atau penyimpanan.

 

 Bukti yang diperlukan:

  • Foto bungkusan, produk, dan pembungkusan dalaman dan luaran

  • Foto produk yang menunjukkan cecair/isi yang tumpah 

 

3) Calar/lekuk - Apabila permukaan barang terdapat sebarang kesan calar atau rosak oleh objek tajam, menyebabkan garis atau tanda yang kelihatan. Kerosakan ini boleh menjejaskan penampilan produk dan fungsinya.

 

Bukti yang diperlukan:

  • Foto bungkusan, produk, dan pembungkusan dalaman dan luaran

  • Foto produk yang menunjukkan calar/lekuk

 

4) Pembungkusan luaran rosak - Produk yang diterima mempunyai kerosakan pada pembungkusan luaran atau pada lapisan luar yang direka untuk melindungi dan menyimpan produk. Faktor-faktor ini boleh disebabkan oleh pengangkutan, pengendalian, atau penyimpanan.

 

Bukti yang diperlukan:

  • Foto dan/atau video produk yang menunjukkan kerosakan fizikal (contohnya retak, kerosakkan) 

  • Foto dan/atau video yang menunjukkan keadaan pembungkusan dalaman dan luaran bungkusan

 

5) Kerosakkan luaran/pembungkusan yang lain - Apabila barang yang diterima mempunyai kerosakan pada pembungkusan luaran. Terdapat kemungkinan besar bungkusan diuruskan dengan kasar oleh kurier atau pembungkusan/penyegelan yang tidak betul.

 

Bukti yang diperlukan:

  • Foto dan/atau video produk yang menunjukkan kerosakan fizikal (contohnya retak, kerosakkan) 

  • Foto dan/atau video yang menunjukkan keadaan pembungkusan dalaman dan luaran bungkusan




Contoh bukti:

Copy of Copy of Contoh.png

 

💡 Garis Panduan untuk Bukti:

 

  • File size: 10 MB/photo, 30 MB/video (up to 1 min)

  • Saiz fail: 10 MB/gambar, 30 MB/video (sehingga 1 minit)
  • Bukti yang jelas dan berkualiti (gambar dekat sekiranya terdapat kerosakkan barang)
  • Bukti video disyorkan untuk pemulangan produk yang rosak
  • Sertakan sejarah rundingan dengan penjual, jika berkenaan

 

Was this article helpful?
Yes
No