Bahasa Malaysia | English
Ikuti langkah berikut untuk memulangkah produk Shopee Mall anda.
Langkah 1: Mohon pulangan/bayaran balik melalui aplikasi Shopee.
Pergi ke 'Untuk Diterima' di bawah 'Pembelian Saya' melalui tab 'Saya' dan pilih pesanan dan tekan 'Pulangan/Bayaran Balik'.
Langkah 2: Isi maklumat dalam permohonan pulangan/bayaran balik
Masukkan maklumat dalam yang diperlukan bergantung kepada sebab permintaan pemulangan/bayaran balik. Anda perlu:
- Pilih produk untuk dipulangkan
- Pilih sebab pulangan bayaran balik
- Muat naik foto sebagai bukti untuk menyokong permintaan anda, jika berkenaan
- Pilih penyelesaian pulangan bayaran balik yang berkenaan
Langkah 3: Pilih Pilihan Penghantaran
Anda boleh memilih salah satu daripada ini: Drop off, Pick Up atau Self-Arrange.
Drop off
- Pilih Kurir Pemulangan Percuma seperti PosLaju, J&T Express atau SPX Express.
- Klik ‘Sahkan’ dan hantar bungkusan anda di cawangan kurier pilihan anda dalam masa 5 hari selepas menghantar permohonana pulangan/bayaran balik.
- Kami syorkan J&T Express dan SPX Express kerana kakitangan boleh mencetak label AirwayBill (AWB) di cawangan.
Pick Up
- Untuk pilihan pengambilan, J&T Cargo akan digunakan (minimum 20kg, maksimum 500kg)
- Pilih masa dan alamat pick up. Klik ‘Sahkan’.
- Selepas permohonan pulangan/bayaran balik, nombor penjejakan akan dijana bersama Label Pemulangan Kargo J&T.
- J&T Cargo akan mengambil bungkusan dari alamat pengambilan pembeli semasa waktu pengambilan yang anda pilih.
Self-Arrange
- Anda boleh mengatur penghantaran balik bungkusan anda sendiri menggunakan pilihan penghantaran yang boleh dijejaki (dengan nombor penjejakan yang disediakan) jika pilihan penghantaran balik standard seperti Drop Off (Penyerahan) atau Pick Up (Kutipan) tidak tersedia disebabkan oleh isu seperti alamat penghantaran balik di luar liputan atau perkhidmatan yang terhad. Rujuk proses pulangan self arrange untuk maklumat lanjut.
💡 Tip: Pembeli boleh memilih Self-Arrange tetapi kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli sendiri. Jika pembeli memilih Self-Arrange, pembeli perlu memasukkan maklumat penghantaran seperti kurier yang digunakan, nombor penjejakan dan bukti foto penghantaran pemulangan.
Langkah 4: Bungkus produk anda dengan rapi
Sertakan semua hadiah percuma, alat ganti, tag asal dan aksesori yang disertakan bersama bungkusan asal.
Jika produk rosak semasa dalam perjalanan ke penjual disebabkan pembungkusan tidak mencukupi/rapi, penjual atau Shopee mungkin tidak akan dapat memberikan keputusan bayaran balik yang menggalakkan untuk pembeli.
💡 Tip: Masukkan ID Pemulangan atau ID Pesanan pada bungkusan atau pada label pemulangan untuk rujukan penjual.
⚠️ Nota penting:
- Permohonan pulangan bayaran balik akan diproses dalam masa 5 hari bekerja selepas bungkusan tiba di gudang Shopee. Anda akan dimaklumkan tentang keputusan melalui pemberitahuan dalam aplikasi dan e-mel.
- Untuk mencari lokasi untuk menghantar bungkusan pulangan Shopee Mall, klik di sini.
- Ambil gambar bungkusan, airway bill/nota konsainan dan resit. Sekiranya berlaku kerosakan semasa bungkusan itu dalam perjalanan, anda boleh menghantarnya kepada Khidmat Pelanggan kami untuk membantu menuntut ganti rugi.