English | Bahasa Malaysia
Bungkus produk dengan rapi dalam pembungkusan asal untuk melindungi barang daripada sebarang kerosakan apabila ia dihantar semula kepada penjual/Gudang Shopee (cth. kotak kadbod atau polymailer dengan bungkus gelembung).

💡 Tip:
- Jika pembungkusan asal sudah rosak, anda boleh menggunakan pembungkusan anda sendiri untuk membungkus barang pulangan.
- Untuk barang yang rapuh, anda digalakkan untuk menggunakan pelekat Mudah Pecah sebagai peringatan tambahan kepada kurier untuk mengendalikan bungkusan anda dengan berhati-hati.
Apakah kemasukan asal bagi produk pemulangan?
Pastikan produk dipulangkan dalam keadaan asal yang diterima, dilengkapkan dengan semua kemasukan asal seperti:
- Pembungkusan jenama asal
- Hadiah percuma
- Waranti
- Tag
- Manual
- Semua aksesori yang disediakan bersama produk
⚠️ Nota Penting:
- Shopee tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan kepada bungkusan pulangan kerana pembungkusan yang tidak rapi.
- Bungkusan anda mungkin melalui beberapa titik sentuh semasa penghantaran (cth. pemuatan, pemunggahan, pengisihan) jadi ia harus dibungkus dengan rapi agar ia dapat tahan keseluruhan kitaran penghantaran.