Hi, how can we help?

[Shopee Video] Apakah jenis pelanggaran video dan komen di Shopee Video?

Bahasa Malaysia English

Kandungan video yang dilarang di Shopee Video

Kandungan yang dilarang

Huraian

Kandungan yang mengandungi unsur pornografi. 

Pengguna adalah dilarang untuk berkongsi kandungan dalam bentuk pornografi sama ada secara tersirat atau secara terang-terangan.

Kandungan yang menyerang, berbahaya, dan haram.

Pengguna adalah dilarang untuk berkongsi sebarang kandungan yang menggalakkan orang lain untuk menyertai aktiviti berbahaya atau mengesyorkan aktiviti/barangan haram (contohnya: perjudian, dadah, senjata, dan lain-lain).

Kandungan yang menggalakkan kebencian 

Pengguna dalah dilarang untuk berkongsi kandungan yang mengajar/menunjukkan kebencian terhadap individu atau kumpulan yang berbeza (contohnya: perbezaan dalam keadaan fizikal, bangsa, etnik, agama, jantina, umur, kewarganegaraan, kawasan asal, atau orientasi seksual).

Kandungan keganasan dan buli

Pengguna adalah dilarang untuk berkongsi kandungan yang memperlihatkan keganasan dan buli.

Iklan kepada laman web luar 

Pengguna adalah dilarang untuk mengalihkan pengguna ke aplikasi di luar Shopee Video.

Kongsi maklumat peribadi

Kongsi maklumat peribadi orang lain tanpa kebenaran mereka.

šŸ’” Tip:


  1. Jenis pelanggaran tidak terhad kepada maklumat di atas dan boleh berubah/ditambah pada bila-bila masa tanpa notifikasi terlebih dahulu.
  2. Kandungan yang melanggar terma kandungan Shopee Video akan menjejaskan pengguna Shopee Video secara kesuluruhan. Jika anda melakukan pelanggaran, hukumannya termasuk:
  3. Pembatalan kandungan
  4. Penghalangan ciri Shopee Video
  5. Penghalangan akaun Shopee


Komen yang dilarang di Shopee Video


Komen pada video yang dihantar oleh pengguna boleh dilihat secara awam. Untuk membentuk sebuah komuniti yang selamat, sila elakkan komen-komen berikut:


Komen yang dilarang

Huraian

Komen spam

Komen mengandungi spam yang berlebihan.

Bahasa kasar

Gangguan, penindasan siber, dan komen yang lucah, seperti kata-kata kesat atau komen yang menghina.

Maklumat yang sensitif

Maklumat yang boleh memperanguhi keselamatan negara dan sosial, serta tidak konsisten dengan undang-undang dan peraturan pihak berkuasa kerajaan (contohnya: diskriminasi etnik, perjudian, perhimpunan haram, dan lain-lain).

Kongsi maklumat peribadi

Maklumat peribadi orang lain yang disebarkan tanpa kebenaran individu tersebut, termasuklah nama, nombor telefon, alamat, nombor pengenalan, dan maklumat peribadi lain.

šŸ’” Tip:


  1. Jenis pelanggaran tidak terhad kepada maklumat di atas dan boleh berubah/ditambah pada bila-bila masa tanpa notifikasi terlebih dahulu.


Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee Video, sila klik di sini.

Was this article helpful?
Yes
No