Hi, how can we help?

[Penghantaran] Bolehkah saya menukar alamat penghantaran selepas pesanan dibuat?

BM | EN | CN 
 
Untuk menukar alamat penghantaran selepas membuat pesanan, pastikan kriteria berikut dipenuhi:

  • Bagi Logistik Disokong Shopee: Penjual belum mengatur penghantaran.
  • Bagi Logistik Bukan Disokong Shopee: Pembayaran telah disahkan.
  • Had Penukaran Alamat: Tiada permohonan perubahan alamat dibuat sebelum ini untuk pesanan tersebut kerana alamat penghantaran hanya boleh dikemas kini sekali bagi setiap pesanan.
  • Kesan Bayaran Penghantaran: Alamat baru tidak menyebabkan caj penghantaran lebih tinggi (contohnya, dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak atau sebaliknya).
  • Penggunaan Baucar: Tiada Baucar Penghantaran Percuma digunakan pada pesanan tersebut.
 
Jika semua syarat dipenuhi, anda boleh meneruskan permintaan perubahan alamat dengan langkah-langkah berikut:
 
Aplikasi Mudah Alih
 
Copy of Copy of Copy of Case Tracker 1 (1).gif
 
Langkah 1: Pilih bahagian Untuk Dihantar di bawah Pembelian Saya dalam tab Saya
Langkah 2: Pilih pesanan anda
Langkah 3: Klik TUKAR 
Langkah 4: Pilih alamat penghantaran baru 
Langkah 5: Tekan butang Sah
 
Copy of Copy of Case Tracker 1 (5).gif
 
Laman Web
 
7f839fb6571c4fc39b3ade3fdf25b321.gif

Langkah 1:
Klik pada Nama Pengguna Profil anda
Langkah 2: Klik pada Pembelian Saya
Langkah 3: Pilih pesanan
Langkah 4: Klik butang Kemas Kini
Langkah 5: Pilih dari Alamat Sedia Ada
Langkah 6: ATAU, klik Tambah Alamat Baharu
Langkah 7: Isi butiran Alamat Baharu
Langkah 8: Klik Hantar
Langkah 9: Pilih Alamat yang Dikehendaki
Langkah 10: Klik Sah
 
⚠️ Nota:
 
  • Jika butang TUKAR atau Kemas Kini tidak muncul, ini bermakna anda tidak boleh menukar alamat penghantaran kerana penjual sudah mengatur penghantaran, diskaun Penghantaran Percuma telah digunakan pada pesanan, dan lain-lain.
 
💡 Tip:
 
  • Jika anda perlu menukar kepada alamat baharu yang belum disimpan dalam sistem kami, anda boleh menambah alamat tersebut pada halaman Pemilihan Alamat seperti yang ditunjukkan di atas.
 
Jika penjual telah mengatur penghantaran tetapi barang masih belum diambil, perubahan alamat tidak boleh dilakukan. Kami mengesyorkan anda membatalkan pesanan dan membuat pesanan baharu.

Jika pesanan anda telah diambil dan sedang dalam perjalanan, perubahan alamat tidak disokong. Namun, jika pesanan anda dikendalikan oleh SPX Express, anda boleh membuat permohonan Bayaran Balik Pemulangan Semasa Penghantaran (ITRR).
 
Harap maklum bahawa penukaran alamat penghantaran hanya dibenarkan untuk pesanan Shopee Marketplace. Bagi pesanan ShopeeFood, alamat penghantaran tidak boleh diubah. Ketahui lebih lanjut mengenai pesanan ShopeeFood melalui artikel Pusat Bantuan kami – [ShopeeFood] Saya menghadapi masalah dengan penghantaran ShopeeFood.

⚠️ Nota:

  • Permohonan pembatalan tertakluk kepada kelulusan penjual. Jika penjual menolak permohonan anda, pesanan akan diteruskan seperti biasa.
Was this article helpful?
Yes
No