Hi, how can we help?

[Penghantaran Depan Pintu (Penghantaran Laut)] Berapakah jumlah kos penghantaran yang disubsidi oleh Shopee?

Bahasa Malaysia | English
 
Bagi pembeli yang menggunakan Diskaun Penghantaran Percuma semasa proses pembayaran dengan perbelanjaan minimum RM15, pesanan anda layak menerima subsidi sehingga RM5.00 untuk Semenanjung Malaysia & RM8.00 untuk Sabah, Sarawak & Labuan.
 
⚠️ Nota:
 
Perhatikan bahawa subsidi penghantaran boleh berubah. Pembeli harus menggunakan Diskaun Penghantaran Percuma semasa proses pembayaran pesanan mereka untuk menikmati diskaun penghantaran tersebut.
 
Jika kos penghantaran melebihi batas subsidi, baki kos akan ditanggung oleh pembeli.
 
Kos penghantaran yang dipaparkan di Shopee dikira secara automatik berdasarkan berat produk dan dimensi produk yang dimasukkan oleh penjual di Pusat Penjual.
 
Berat volumetrik dikira berdasarkan formula ini: Berat volumetrik = Panjang (cm) x Lebar (cm) x Tinggi (cm)/5000*
 
💡 Tip untuk pihak penjual:
 
*Untuk pihak penjual, pastikan anda mengemaskini berat dengan betul untuk mengelakkan deduksi bayaran akhir anda disebabkan perbezaan antara kos penghantaran sebenar yang dikenakan dengan kos penghantaran yang dianggarkan semasa proses pembayaran pembeli. 
 
Sila layari Seller Education Hub (Pusat Pendidikan Penjual) kami untuk lebih banyak tip untuk menjual di Shopee.
 
Ada lagi soalan? Hubungi kami melalui saluran yang disenaraikan di bahagian bawah halaman dan kami akan membantu anda dengan segera!
Was this article helpful?
Yes
No