Hi, how can we help?

[Jaminan Tepat Waktu] Apakah Jaminan Tepat Waktu?

Bahasa Malaysia | English
 
📣 Perhatian:
 
Inisiatif Jaminan Tepat Waktu yang ditetapkan sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna dari 6 Mei 2024.
 
Jaminan Tepat Waktu adalah jaminan baru Shopee bahawa anda akan menerima pesanan anda pada Tarikh Jaminan Tepat Waktu yang dipaparkan pada Halaman Semak Keluar dan Halaman Maklumat Pesanan. Tenanglah mengetahui bahawa bungkusan anda akan sampai ke alamat destinasi anda pada tarikh yang anda jangkakan. Jaminan Tepat Waktu termasuk kepada semua pesanan, kaedah pembayaran, dan saluran penghantaran seperti berikut: 
 
  • Penghantaran Depan Pintu
  • Penghantaran Depan Pintu (Penghantaran Laut)
  • Pusat Pengambilan Sendiri
  • Penghantaran Hari Sama 
  • Penghantaran Hari Esok
  • Pengantaran 2 Hari
  • Penghantaran 5 Hari
  • Penghantaran 6 Hari
 
Bagaimanakah untuk mencari Tarikh Jaminan Tepat Waktu?
 
HC_ArticleSteps-BM.gif
 

Paparan Halaman

Panduan

Halaman Semak Keluar

Langkah 1: Semak Keluar dengan pesanan dalam troli anda atau klik pada Beli Sekarang

Langkah 2: Klik pada bahagian Pilihan Penghantaran untuk melihat Tarikh Jaminan Tepat Waktu 

Halaman Butiran Pesanan 

Langkah 1: Pergi ke tab Saya

Langkah 2: Klik pada Untuk Diterima

Langkah 3: Klik pada pesanan yang anda ingin lihat

Langkah 4: Lihat Tarikh Jaminan Tepat Waktu di bahagian Jaminan Tepat Waktu atau klik Lihat Lagi di bahagian Jaminan Tepat Waktu untuk melihat Tarikh Jaminan Tepat Waktu

 
Tetapi apa yang akan berlaku jika anda tidak menerima pesana anda pada Tarikh Jaminan Tepat Waktu? Anda akan berhak untuk membuat tuntutan baucar melalui aplikasi Shopee. 
 
Bagaimanakah untuk menuntut Baucar Jaminan Tepat Waktu?
 
BM (1).gif
 
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada Pembelian Saya
Langkah 3: Pilih pesanan yang lewat di tab Untuk Diterima atau Diselesaikan
Langkah 4: Klik pada Tuntut
Langkah 5: Klik pada Guna
Langkah 6: Klik pada Pergi ke Troli
Langkah 7: Semak Keluar dengan Baucar Jaminan Tepat Waktu
 
Lihat baucar rebat yang anda telah tuntut di halaman Baucar / Diskaun.
 
Apakah kriteria untuk menuntut baucar Jaminan Tepat Waktu?
 
Pesanan Lewat bermaksud penghantaran pertama pesanan tidak dilakukan pada hari yang tepat bagi Tarikh Jaminan Tepat Waktu. Shopee tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau isu penghantaran pertama dalam pesanan anda yang termasuk: 
 
  • Pembeli klik Pesanan Diterima sebelum pesanan memenuhi Tarikh Jaminan Tepat Waktu
  • Pembeli tidak menuntut baucar dalam tempoh tuntutan baucar
  • Pesanan yang telah dibatalkan atau dikemukakan untuk permohonan Pulangan/Bayaran Balik
  • Sebab-sebab lain yang berkaitan dengan pembeli termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
 
  • Isu berkaitan alamat penghantaran - Alamat tidak tepat/penerima tiada di lokasi penghantaran/pertukaran alamat penghantaran atau titik pengambilan
  • Penerima tidak dapat dihubungi - Maklumat hubungan tidak tepat atau penerima tidak dapat dihubungi
  • Penerima telah meminta untuk menjadualkan semula penghantaran
  • Isu pembayaran COD 
  • Keadaan cuaca buruk atau bencana alam
 
Jika senario di atas tidak berlaku dalam situasi anda, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui saluran di bawah untuk bantuan lanjut.
 
💡 Nota:
 
  • Jaminan Tepat Waktu hanya tersedia untuk saluran Logistik Disokong Shopee sahaja
  • Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh menggunakan antara Baucar Jaminan Tepat Waktu atau Diskaun Penghantaran Percuma setiap kali anda semak keluar
  • Pengguna hanya boleh menggunakan baucar ini sekali setiap pesanan, tanpa mengira bilangan akaun yang dimiliki oleh pengguna tersebut
  • Baucar Jaminan Tepat Waktu hanya sah selama 7 hari dari tarikh tuntutan
  • Sila ambil perhatian bahawa anda tidak layak untuk baucar Jaminan Tepat Waktu jika anda klik butang Pesanan Diterima sebelum pesanan anda memenuhi Tarikh Jaminan Tepat Waktu. 
Was this article helpful?
Yes
No