Hi, how can we help?

[Pembatalan Pesanan] Bolehkah saya membatalkan pesanan saya?

BM | EN | CN

 
Ya, tetapi terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ambil perhatian sebelum membatalkan pesanan. 

⚠️  Perkara Penting:

 

  • Anda hanya boleh membatalkan pesanan sekali sahaja.
  • Jika pembatalan anda ditolak atau ditarik balik, anda tidak boleh menghantar permintaan pembatalan lain untuk pesanan yang sama.

  •  Artikel ini hanya terpakai untuk pesanan Shopee Marketplace sahaja. Untuk ShopeeFood, sila rujuk di sini  👉 [Cara membatalkan pesanan ShopeeFood?]

 

Pesanan hanya boleh dibatalkan sekali sahaja. Jika permintaan pembatalan anda ditolak atau ditarik balik, anda tidak boleh mengemukakan permintaan lain untuk pesanan yang sama.

 

Sila ambil perhatian tentang maklumat berikut mengenai pembatalan pesanan: 

 

Jenis Pesanan

Syarat Pembatalan

Pesanan Tempatan & Luar Negara Berbayar (Bukan Pra-Pesanan) 

✅ Sebelum penghantaran diatur: Batal serta-merta

📦 Selepas penghantaran diatur: Memerlukan kelulusan penjual

 

Pesanan Pra-Pesanan Berbayar

  🕒 Perlu dibatalkan dalam masa 1 jam selepas membuat pesanan

✅ Memerlukan kelulusan penjual

⏳ Jika penjual tidak memberi maklum balas dalam masa 1 hari, ia akan dibatalkan secara automatik dan bayaran balik akan diproses 

 

Cara untuk menyemak status permohonan pembatalan anda

 

Check Status Cancellation BM.gif

 

Langkah 1: Tekan pada Lihat Butiran Pembatalan di bawah Pembelian Saya 

Langkah 2: Semak status pesanan anda

 

Cara untuk batal permohonan anda

 

Withdraw Status BM.gif

 

Jika anda berubah fikiran, anda boleh membatalkan permohonan anda dengan langkah-langkah berikut:

 

Langkah 1: Pilih pesanan yang anda telah membuat permohonan pembatalan

Langkah 2: Klik pada Batal Permohonan

Langkah 3: Tekan pada butang Sah

 

💰 Apa yang berlaku selepas pembatalan?

Setelah pembatalan anda disahkan, bayaran balik akan diproses mengikut kaedah pembayaran asal anda.

👉 Ketahui lebih lanjut di sini: Bagaimana saya akan menerima bayaran balik untuk pesanan yang dibatalkan?

 

 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied