Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[Pulangan Bayaran Balik] Soalan Lazim Baucar Bayaran Balik

Bahasa Malaysia | English
 
1. Mengapakah saya mendapati Baucar Bayaran Balik? 
 
Untuk pesanan yang dibuat menggunakan saluran pembayaran tunai (seperti bayaran tunai semasa penghantaran (COD) dan tunai di kedai serbaneka) atau Maybank CASA, bayaran balik sepatutnya diproses ke Shopeepay.
 
Jika Shopeepay tidak diaktifkan dalam tempoh 72 jam, bayaran balik akan dialihkan ke akaun bank asal yang didaftarkan dalam akaun pembeli. 

Baucar Pulangan Wang biasanya dikeluarkan apabila pemulangan wang secara terus tidak dapat diproses, khususnya jika: 
  • Kaedah pembayaran asal anda tidak tersedia untuk pemulangan wang, dan
  • Anda tidak mempunyai akaun ShopeePay yang diaktifkan, dan
  • Anda juga tidak mempunyai akaun bank lalai yang dipautkan kepada akaun Shopee anda.
 
2. Di manakah saya boleh mencari Baucar Bayaran Balik dan bagaimanakah untuk menggunakannya? 
 
Baucar Bayaran Balik ditawarkan secara automatik kepada pembeli. Oleh itu, anda tidak perlukan kod untuk menebus baucar tersebut. Untuk menggunakannya, anda perlu memilih Baucer Bayaran Balik daripada senarai baucar semasa anda semak keluar. Sila ambil perhatian terhadap syarat dan terma yang dinyatakan pada baucer tersebut juga.
 
3. Bolehkah saya menukarkan Baucar Bayaran Balik kepada nilai wang? 
 
Ya, anda boleh memilih untuk menukar Baucar Bayaran Balik kepada nilai wang. Namun, sila ambil perhatian bahawa penukaran hanya boleh dilakukan jika Baucar Bayaran Balik tersebut belum digunakan.

Untuk memohon penukaran, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami dan berikan maklumat berikut:
 

⚠️ Nota:

Bayaran balik dalam bentuk nilai wang hanya boleh diproses ke Shopeepay atau akaun bank anda. Oleh itu, pastikan anda telah mengaktifkan Shopeepay anda dan mempunyai akaun bank yang telah didaftarkan.
Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati