Hi, how can we help?

[Produk Digital] Insurans Kemalangan Diri - Maklumat Am

Bahasa Malaysia | English
 
📣 Pengumuman:
 
Bermula 26 Ogos 2024, semua pengguna Shopee boleh menikmati 'Insurans Kemalangan Diri Percuma' dengan perlindungan selama satu bulan, ditanggung oleh Zurich. Tawaran eksklusif ini terhad kepada satu penebusan bagi setiap akaun Shopee, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perlindungan berharga ini!
 
1. Apakah Insurans Kemalangan Diri? 
 
Insurans Kemalangan Diri menyediakan pampasan kepada anda sekiranya berlaku Kecederaan Badan, hilang upaya atau kematian atau kesulitan yang disebabkan semata-mata dan secara langsung oleh kejadian mengejut, tidak dijangka dan kebetulan yang berlaku secara tidak dijangka di Malaysia sahaja.
 
Sila rujuk dokumen-dokumen berikut untuk maklumat lanjut mengenai produk Insurans Kemalangan Diri termasuk perlindungan dan pengecualian:

Insurans Kemalangan Diri Percuma

 

  1. Free Personal Accident Insurance - Product Disclosure Sheet - English
  2. Free Personal Accident Insurance - Product Disclosure Sheet - BM
  3. Free Personal Accident Insurance - Policy Wording - English
  4. Free Personal Accident Insurance - Policy Wording - BM
 
Insuran kemalangan Diri Asas / Emas

 
2. Apakah nama pembekal insurans yang menawarkan Insurans Kemalangan Diri?
 
Produk ini ditaja jamin oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad ("Zurich"), dan diedarkan oleh ejen insurans yang dilantik oleh Zurich, SeaInsure Agency Malaysia Sdn. Bhd. ("SeaInsure") melalui platform Shopee.
 
3. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?
 

Faedah

 

Jumlah Insurans bagi Individu Dewasa yang Dilindungi*

Percuma

Asas

Emas

Kematian dan Hilang Upaya Kekal akibat Kemalangan

RM9,000

RM18,000

RM40,000

Pendapatan Hospital akibat Kemalangan

RM25/hari
(sehingga maksimum 30 hari) 

RM50/hari

(sehingga 15 hari)

RM50/hari

(sehingga 60 hari)

Elaun Tunai (penghospitalan akibat kemalangan)

RM50

RM100

RM100

Pendapatan Hospital disebabkan Penyakit Bawaan Vektor

N/A

N/A

RM50/hari

(sehingga 60 hari)

Perbelanjaan Pemakaman (kematian akibat kemalangan)

N/A

N/A

RM500

 
Insuran kemalangan  Asas / Emas

  • Faedah untuk kanak-kanak ialah 50% daripada jumlah insurans faedah dewasa sahaja.
  • Kategori Kanak-kanak adalah merujuk kepada individu yang diinsuranskan yang berumur antara tiga puluh (30) hari hingga tujuh belas (17) tahun (umur pada ulang tahun seterusnya)
 
4. Adakah saya boleh membatalkan polisi saya?
 
Sila ambil perhatian bahawa apabila polisi berjaya dikeluarkan, ia tidak boleh dibatalkan dan pembayaran balik tidak akan dibenarkan . Perlindungan anda akan tamat pada tarikh terakhir Tempoh Perlindungan.
 
5. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran hubungan/peribadi saya?
 
Sila maklumkan Zurich mengenai sebarang perubahan dalam butiran hubungan anda/profil kehidupan termasuk pelantikan, pekerjaan dan kegiatan peribadi yang akan memberi kesan risiko kepada profil anda. Sila hubungi perkhidmatan pelanggan Zurich di 
1-300-888-622 (Pusat Panggilan) atau callcentre@zurich.com.my (E-mel).
 
6. Berapakah tempoh perlindungan insurans?
 

Percuma Personal Accident

Tempoh perlindungan adalah selama 30 hari.


Kemalangan Diri Asas/Emasa

Tempoh perlindungan adalah selama 1 tahun.


7. Bolehkah tempoh 'Insurans Kemalangan Diri Percuma' bertindih dengan tempoh perlindungan Kemalangan Diri Asas/Emas?

Ya, dan jumlah diinsuranskan untuk kedua-dua pelan boleh digabungkan semasa tempoh perlindungan kedua-dua pelan.

Sebagai contoh, jika anda menebus 'Insurans Kemalangan Diri Percuma' dan membeli Kemalangan Diri Asas pada hari yang sama, kedua-dua pelan akan bermula pada tarikh kuatkuasa yang sama.
 
8. Adakah terdapat perkhidmatan selepas jualan & tuntutan yang ditawarkan kepada pelanggan selepas pembelian insurans? 
 
Bagi penjelasan maklumat produk, bantuan proses pembelian dan promosi, sila hubungi kami melalui 
Panggilan Internet atau Chat bersama Ejen di aplikasi Shopee.
 
Untuk pertanyaan berkaitan tuntutan dan sokongan lain, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Zurich di 
1-300-888-622 (pusat panggilan) atau callcentre@zurich.com.my (E-mel). Untuk aduan atau pertikaian berkaitan dengan sijil insurans, sila emel Zurich di feedback@zurich.com.my.
Was this article helpful?
Yes
No