Hi, how can we help?

[Produk Digital] Insurans Kemalangan Diri - Polisi dan Tuntutan

Bahasa Malaysia | English
 
📣 Pengumuman:
 
Bermula 26 Ogos 2024, semua pengguna Shopee boleh menikmati 'Complimentary Personal Accident Insurance' dengan perlindungan selama satu bulan, ditanggung oleh Zurich. Tawaran eksklusif ini terhad kepada satu penebusan bagi setiap akaun Shopee, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perlindungan berharga ini!
 
1. Di manakah saya boleh melihat polisi Insurans Kemalangan Diri saya? 
 
Anda akan dapat melihat polisi anda di aplikasi Shopee, di bawah Lihat E-polisi mengikut langkah berikut: 
 
Langkah 1: Buka Aplikasi Shopee
Langkah 2: Klik pada tab Saya
Langkah 3: Tekan pada Insurans Saya
Langkah 4: Pilih Kemalangan Diri
 
Selain itu, anda juga akan menerima e-mel pengesahan dari Zurich.
 
2. Adakah terdapat tempoh penantian yang diperlukan sebelum mengemukakan tuntutan bagi Insurans Kemalangan Diri?
 
Tidak. Untuk Insurans Kemalangan Diri, semua faedah perlindungan berkuat kuasa dengan serta-merta selepas dikeluarkan.
 
3. Bagaimanakah cara untuk mengemukakan tuntutan Insurans Kemalangan Diri?
 
  • Isi borang pendaftaran tuntutan di https://mya.zurich.com.my/Myclaims dalam tempoh 14 hari dari tarikh kejadian kemalangan.
  • Sila hubungi perkhidmatan pelanggan Zurich di 1-300-888-622 (Pusat Panggilan) atau callcentre@zurich.com.my (E-mel) jika anda menghadapi sebarang masalah dengan tuntutan anda.
 
4. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai sokongan bagi tuntutan?
 

Situasi

Dokumen Sokongan Tambahan yang Diperlukan*

Cederan atau Kehilangan  Upaya Tetap

1. Bil perubatan asal & resit

2. Laporan perubatan &/atau laporan pakar

3. Sijil perubatan

4. Laporan polis & lesen memandu yang sah; jika berkaitan dengan kemalangan kenderaan bermotor

Kematian Kemalangan

1. Sijil Kematian

2. Laporan post mortem

3. Laporan polis & lesen memandu yang sah; jika berkaitan dengan kemalangan kenderaan bermotor

4. Kad pengenalan waris

5. Sijil perkahwinan (jika berkahwin) atau sijil kelahiran (jika bujang), dan lain-lain

 
⚠️ Nota:
 
Senarai ini tidak menyeluruh, dan Zurich berhak untuk meminta sebarang dokumen sokongan tambahan yang diperlukan daripada anda untuk menyokong tuntutan anda dan dokumen sokongan sebegini perlu diperoleh oleh anda atas kos anda sendiri. 
 
5. Bilakah saya perlu memberitahu Zurich tentang tuntutan?
 
Semua tuntutan perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh kejadian kemalangan.
 
6. Berapakah tempoh pemprosesan untuk tuntutan?
 

Aktiviti

Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)

Pemberitahuan Tuntutan 

Jangkakan e-mel Pengesahan daripada Zurich dalam tempoh 5 hari bekerja.

Penilaian Tuntutan 

Kes biasa - dalam tempoh 7 hari bekerja

Kes kompleks - dalam tempoh 14 hari bekerja

Pembayaran Tuntutan 

Dalam tempoh 5 hari bekerja 

 
7. Bila polisi saya akan ditamatkan?
 
Polisi akan ditamatkan secara automatik pada tarikh luput polisi/sijil insurans, atau pada tarikh tuntutan dibuat atas faedah kematian kemalangan & hilangan upaya peribadi, mana-mana yang lebih awal.
Was this article helpful?
Yes
No