Hi, how can we help?

[Pulangan Bayaran Balik] Kenapa status permintaan pulangan/bayaran balik saya ditunjukkan sebagai Kes Sedang Disemak?

Bahasa Malaysia | English
 
Apabila status permintaan pulangan/bayaran balik ditunjukkan sebagai Kes Sedang Disemak, ini bermakna Shopee sedang meneliti kes ini. Setelah semakan ini selesai, status permintaan pulangan/bayaran balik anda akan dikemas kini dengan sewajarnya dan anda akan diberitahu melalui notifikasi dalam aplikasi dan emel. 
 
RR0003.gif
 
Bergantung kepada sifat permintaan anda, kami mungkin memerlukan anda menyediakan lebih banyak bukti untuk membantu mempercepatkan proses semakan.
 
Berikut adalah jenis bukti yang mungkin diminta untuk pelbagai jenis sebab pulangan/bayaran balik:
 
1. Produk Rosak/Tidak Berfungsi
 
  • Foto dan/atau video pembukaan bungkusan dan produk (contohnya, menunjukkan kawasan kerosakan atau bagaimana ia tidak berfungsi seperti yang diinginkan)
  • Foto dan/atau video menunjukkan pembungkusan dalaman dan luaran bungkusan yang diterima
 
2. Produk Hilang 
 
  • Foto dan/atau video pembukaan bungkusan dan kandungan yang diterima
  • Foto Air Waybill (AWB)/nota konsainan yang dilekatkan pada bungkusan yang menunjukkan kandungan/berat bungkusan yang sepatutnya anda terima.
 
3. Produk salah 
 
  • Foto dan/atau video pembukaan bungkusan dan produk yang diterima
  • Tangkap skrin produk sebenar dari senarai penjual 
 
4. Produk Tiruan 
 
  • Foto dan/atau video proses membuka bungkusan dan pembungkusannya
  • Foto AWB/nota konsainan yang dilekatkan pada bungkusan
  • Dokumentasi sokongan untuk menunjukkan ciri-ciri produk asli (contohnya, nombor siri, logo jenama, imej dari laman web rasmi)
 
5. Bungkusan Kosong
 
  • Foto dan/atau video proses membuka bungkusan dan pembungkusannya
  • Foto AWB/nota konsainan yang dilekatkan pada bungkusan yang menunjukkan kandungan/berat bungkusan yang anda terima
 
6. Produk Tamat Tempoh 
 
  • Foto dan/atau video proses membuka bungkusan dan produk yang diterima
  • Foto tarikh tamat tempoh pada item yang anda terima
 
⚠️ Nota:
 
  • Anda perlu menyediakan bukti yang diperlukan dalam masa 2 hari supaya kami dapat meneruskan semakan. Pastikan bukti yang anda berikan berkualiti tinggi dan jelas kelihatan.
  • Jika bukti yang diberikan berkualiti rendah, Shopee akan membuat penilaian berdasarkan bukti yang diberikan.
Was this article helpful?
Yes
No