Hi, how can we help?

[Penghantaran Pulangan] Adakah kos penghantaran untuk bungkusan pulangan saya akan ditanggung oleh Shopee?

Bahasa Malaysia | English 
 
Pemulangan Shopee
 
Bagi kes pemulangan yang layak, Shopee mungkin akan menanggung kos penghantaran pemulangan apabila anda menggunakan saluran pemulangan yang disokong melalui kaedah Hantar Sendiri (Drop Off) di Pos Laju dan SPX Express.
 
  • Untuk pulangan melalui SPX Express, sila rujuk di sini
  • Untuk pulangan melalui Pos Laju, sila rujuk di sini

Apabila anda membuat permohonan Pulangan/Bayaran Balik, anda boleh mendapatkan Kod Bar untuk Label Pulangan/Bil Udara Pemulangan terus dari aplikasi. 
 
Selain itu, anda juga boleh memilih pilihan Pick-Up (Kutipan) jika tersedia. Kos penghantaran untuk pemulangan juga akan ditanggung sepenuhnya untuk pesanan yang dibeli jika anda membuat pemulangan melalui Pick-Up (Kutipan) dengan SPX Express, J&T Cargo, Best Cargo atau PosLaju.

  • Untuk pulangan melalui SPX Express, sila rujuk di sini
  • Untuk pulangan melalui Best Cargo, sila rujuk di sini
  • Untuk pulangan melalui Pos Laju, sila rujuk di sini
  • Untuk pulangan melalui J&T Cargo, sila rujuk di sini

Atur Sendiri 
 
Harap maklum bahawa untuk kaedah pemulangan ini, anda perlu menanggung kos penghantaran pemulangan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, anda boleh mengemukakan tuntutan kepada Shopee untuk mendapatkan bayaran balik kos penghantaran setelah pemulangan diproses.
 
Setelah anda memulangkan bungkusan menggunakan Atur Sendiri, masukkan Kurier dan Nombor Penjejakan anda melalui Input Shipping Info pada halaman Butiran Pulangan/Bayaran Balik di Aplikasi Shopee. Kemudian, muat naik dokumen penghantaran yang relevan yang membuktikan anda telah menghantar kembali bungkusan tersebut (contohnya, bil udara pulangan / nota konsainan / resit penghantaran dan gambar item yang anda hantar), dan klik Hantar.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied