Jika anda melihat Shopee Live yang anda percaya melanggar Garis Panduan Komuniti Shopee Live, sila laporkannya kepada kami. Cara melaporkan siaran langsung di platform Shopee:
Langkah 1: Klik pada Ikon Menu Tiga Titik semasa sesi siaran langsung
Langkah 2: Klik pada butang Lapor
Langkah 3: Pilih Sebab Laporan
Langkah 4: Isikan bahagian Penerangan
Langkah 5: Klik pada Hantar
⚠️ Nota:
Sila isi maklumat yang mencukupi dalam laporan untuk proses ulasan. Sila ambil perhatian bahawa hanya pelanggaran yang sah harus dilaporkan.