Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

[Keselamatan Akaun] Mengapakah saya tidak dapat mendaftar akaun baru saya?

Bahasa Malaysia | English
 
Semua pembeli mesti mendaftar untuk akaun Shopee sebelum mereka dapat membuat pembelian. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mendaftar akaun baru, anda boleh rujuk kepada artikel Pusat Bantuan kami - Bagaimanakah saya boleh mencipta akaun Shopee?
 
Berikut adalah beberapa sebab anda mungkin tidak dapat mendaftar untuk akaun baru di Shopee:
 
  • Nombor telefon bimbit anda telah didaftarkan di Shopee
  • Alamat e-mel anda telah didaftarkan di Shopee
 
Jika nombor telefon anda telah didaftarkan di Shopee, sila cuba mengingati kata laluan anda untuk membolehkan anda log masuk. Jika tidak, anda juga boleh klik pada Lupa Kata Laluan untuk membolehkan sistem kami menghantar OTP ke nombor telefon anda untuk menetapkan semula kata laluan anda.
 
Sila ambil perhatian bahawa jika alamat e-mel anda telah didaftarkan, anda boleh cuba mengingati kata laluan anda untuk membolehkan anda log masuk ke akaun tersebut semula. Sekiranya anda tidak dapat mengingati kata laluan anda, sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk bantuan selanjutnya.
 
Jika anda menggunakan ciri Daftar dengan Facebook, ini akan secara automatik menyelaraskan akaun anda dan membolehkan anda menggunakan Alamat E-mel dan Kata Laluan akaun Facebook anda untuk log masuk ke akaun Shopee anda. Anda kemudian boleh menambah nombor telefon anda ke akaun tersebut untuk menggunakan akaun ini untuk pembelian anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh menamat akaun yang dibuat melalui Daftar dengan Facebook untuk dinyahpaut alamat e-mel anda untuk digunakan pada akaun utama anda.
 
Selepas anda berjaya mendaftar akaun, jika anda tidak pasti bagaimana untuk membuat pembelian pertama anda, sila rujuk kepada artikel Pusat Bantuan kami - Bagaimanakah cara untuk membeli produk di Shopee? untuk pemahaman yang lebih baik tentang proses pembelian.
 
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.
Was this article helpful?
Yes
No