Terma dan syarat untuk pembeli memulangkan produk di Shopee adalah seperti berikut:
Sebab untuk Pulangan/Bayaran Balik
Pembeli boleh memulangkan produk atas sebab-sebab berikut:- Bungkusan tidak dihantar
- Bahagian pesanan hilang
- Penjual menghantar item yang salah (contoh: saiz atau model yang salah)
- Item rosak
- Cecair/isi tertumpah- Produk hancur- Pembungkusan luar rosak- Calar/kemek- Jenis kerosakan lain- Produk rosak atau tidak berfungsi
- Produk palsu (hanya untuk Shopee Mall)
- Bungkusan kosong
- Produk tamat tempoh
- Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka
Penjual boleh membuat pertikaian jika mereka tidak bersetuju dengan sebab Pulangan/Bayaran Balik. Dalam kes sebegini, Shopee akan menyiasat kes tersebut dan menyediakan penyelesaian yang adil berdasarkan bukti yang diberikan oleh kedua-dua pihak. Ketahui lebih lanjut mengenai Polisi Pulangan dan Bayaran Balik kami. Anda juga boleh merujuk kepada Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka.
Polisi Pemulangan Khas untuk Kedai Rasmi Terpilih
Sesetengah Kedai Rasmi mempunyai polisi pemulangan dan jaminan khusus jenama yang berbeza daripada polisi pulangan dan bayaran balik standard Shopee. Polisi ini biasanya dinyatakan dalam penerangan produk atau melalui pautan yang disediakan di luar aplikasi atau platform Shopee.
Jika polisi khusus jenama terpakai, proses pulangan dan bayaran balik Shopee akan diselaraskan mengikut keperluan jenama tersebut. Oleh itu, anda disarankan untuk menyemak dan memahami polisi pemulangan dan jaminan yang ditetapkan oleh jenama, selain daripada polisi Shopee.
Shopee mungkin meminta dokumen sokongan lanjut jika:- Bukti yang dihantar tidak mempunyai kualiti yang boleh diterima. Bukti yang jelas dan berkualiti tinggi mesti disediakan. Bukti yang tidak menyokong tuntutan pembeli akan ditolak.
- Penjual membuat pertikaian terhadap kes tersebut dan bukti diperlukan untuk siasatan lanjut.
Pulangan produkPembeli harus memastikan produk yang dikembalikan dibungkus dengan betul untuk mengelakkan kerosakan semasa penghantaran ke alamat pulangan.Pembeli harus menyediakan dokumen sokongan berikut sekiranya perlu membuat pertikaian terhadap penolakan puulangan produk oleh penjual:- Bukti penghantaran rasmi dengan maklumat seperti perkhidmatan penghantaran, nombor resit, nama penghantar/penerima, nombor telefon, dan alamat penghantaran.
- Bukti lain yang menunjukkan persetujuan telah dicapai (terutamanya jika pembeli memulangkan menggunakan pilihan mel yang tidak boleh dikesan).
Kos penghantaran pulanganShopee mungkin menanggung kos penghantaran pemulangan sehingga had tertentu, bergantung pada jenis pemulangan/bayaran balik anda. Proses ini boleh dilakukan melalui pengambilan atau penyerahan, rujuk kepada senarai lokasi kutipan/penyerahan. Ketahui lebih lanjut tentang Bagaimanakah cara untuk memulangkan item yang salah/rosak/hilang setelah permohonan pulangan disahkan?.