Hi, how can we help?

ShopeeFood & ShopeePartners

ShopeeFood Buyer
ShopeeFood Merchant
ShopeeFood Driver
ShopeePay Merchant
ShopeePartners

[ShopeeFood] Bagaimana cara saya menilai peniaga atau memberi tip kepada rakan penghantar?

 Bahasa Malaysia | English

 

Penilaian dan tip adalah cara yang terbaik untuk menunjukkan perhargaan terhadap peniaga dan Rakan Penghantar yang berkhidmat kepada anda. Maklum balas anda juga akan membantu peniaga dan Rakan Penghantar untuk menambah baik mutu perkhidmatan mereka agar dapat memberikan servis yang lebih baik di masa hadapan.


Anda boleh memberi penilaian kepada peniaga atau rakan penghantar ShopeeFood dalam tempoh maksimum 7 (tujuh) hari selepas membuat pesanan. Berikut ialah langkah-langkah untuk memberi rating:


  1. Klik Sejarah Pesanan di bahagian Pesanan Saya di ShopeeFood. 

  2. Pilih pesanan yang ingin anda nilai, kemudian klik Nilai.

  3. Selain itu, selepas memberikan 5 (lima) bintang rating, anda juga boleh memilih jumlah tip yang akan diberikan kepada Rakan Penghantar juga.


Nota:

  • Anda boleh memberi tip kepada Rakan Penghantar setelah pesanan telah dilengkapkan.

  • Tip hanya boleh diberikan dengan menggunakan kaedah pembayaran ShopeePay.
    Selepas menghantar penilaian tersebut, rating anda atau tip kepada peniaga atau Rakan Penghantar adalah tetap dan tidak boleh ditukar.

Was this article helpful?
Yes
No