Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

[Akaun Saya] Kenapa akaun saya disekat?

 Bahasa Malaysia | English   

Sekatan akaun boleh berlaku sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan yang melanggar Terma Perkhidmatan kami. Aktiviti tersebut adalah seperti membuat pesanan palsu, mengeksploitasi baucar/promosi, terlibat dalam penipuan, dan lain-lain.

 

.Sekiranya akaun anda disekat, anda akan menerima mesej pop-up semasa log masuk atau semasa di halaman Semak Keluar pembelian bagi memaklumkan hal ini. Jika akaun anda telah disekat, anda tidak akan dapat menyiarkan kandungan di Shopee Video.

 

Untuk mengetahui cara memulihkan akaun anda, sila rujuk artikel Pusat Bantuan kami mengenai kenapa anda tidak dapat log masuk ke akaun Shopee anda. Sila sediakan dokumen berikut untuk membantu ejen kami lebih baik dalam mengatasi isu ini.

 

Untuk Pembeli:

 

  1. ID foto yang sah (contoh: pasport, NRIC, ID pelajar, ID kerja)
  2. Bukti pembelian (contoh: gambar produk, pesanan penghantaran, tangkapan layar perbualan)
  3. Resit pembayaran bil SPayLater (jika had disebabkan oleh bil SPayLater)

 

Untuk Penjual:

 

  1. ID foto yang sah (contoh: pasport, NRIC, ID pelajar, ID kerja)
  2. Lesen perniagaan / salinan pendaftaran SSM (jika berkenaan)
  3. Bukti nota penghantaran/pengiriman
  4. Bukti pemilikan produk (contoh: invois pembekal, resit)
  5. Huraian model perniagaan yang terperinci (contoh: platform jualan, saiz pasukan, kaedah perniagaan)

 

 ⚠️  Penting:

 

Penggantungan kekal mungkin berlaku jika:

 

  1. Rayuan tidak dilakukan dalam masa 30 hari dari penerimaan paparan pop-up.
  2. Rayuan ditolak.
 

Selepas menghantar rayuan, sila jangkakan keputusan melalui email dalam 3-5 hari bekerja.

Was this article helpful?
Yes
No