Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

[Akaun Saya] Mengapa permintaan pemadaman akaun saya ditolak?

Bahasa Malaysia | English

Berikut adalah kemungkinan sebab mengapa permintaan pemadaman akaun anda ditolak: 

 

1. Akaun Dihadkan/Dikenakan Sekatan:

  • Akaun anda mungkin dihadkan atau dikenakan sekatan. Ketahui lebih lanjut tentang sebab-sebab akaun disekat.
  • Untuk mengetahui cara untuk memulihkan akaun anda, sila rujuk artikel Pusat Bantuan kami tentang mengapa anda tidak dapat log masuk ke akaun Shopee anda.
 

2. Berbilang pendaftaran dengan Nombor Telefon yang Sama:

  • Nombor telefon anda mungkin telah digunakan secara berlebihan untuk mendaftar akaun Shopee. Sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman untuk menjelaskan kejadian pendaftaran berbilang yang dikaitkan dengan nombor telefon anda.

 

3. Pesanan yang Sedang Berjalan:

  • Pastikan semua pesanan anda telah diselesaikan, termasuk yang masih dalam penghantaran atau pemprosesan untuk pemulangan/pengembalian wang, sebelum meminta pemadaman akaun.
  • Sesuatu pesanan dianggap selesai hanya apabila dana transaksi telah diselesaikan. Sebagai contoh, pengembalian wang mesti dikembalikan kepada pembeli atau pembayaran dilepaskan kepada penjual untuk pesanan dianggap lengkap.

4. Baki ShopeePay atau Transaksi yang Sedang Berjalan:

  • Pemadaman akaun hanya boleh dilakukan apabila baki ShopeePay anda mencapai sifar. Jika anda mempunyai baki yang tinggal, keluarkan ke akaun bank anda.
  • Pastikan mana-mana transaksi yang sedang berjalan, seperti pengeluaran atau pemindahan baki ShopeePay, telah selesai sebelum meminta pemadaman akaun.
 

5. Bil SPayLater Tertunggak:

  • Pastikan anda tidak mempunyai bil SPayLater tertunggak sebelum meminta pemadaman akaun. Ketahui cara untuk menyelesaikan bil SPayLater di sini.
 
6. Bil SLoan Tertunggak:
  • Pastikan anda tidak mempunyai bil SLoan tertunggak sebelum meminta pemadaman akaun. Ketahui cara untuk menyelesaikan bil SLoan di sini.
 

7. Kes yang aktif (open case) dengan Shopee:

  • Pastikan anda tidak mempunyai kes yang masih aktif dengan Shopee sebelum meneruskan permintaan pemadaman akaun. Anda boleh meminta untuk memadamkan akaun anda selepas kes tersebut diselesaikan.
Was this article helpful?
Yes
No